kandungan jintan manis:- vitamin C-B-A, garam galian (phosphorus, iron, magnesium, copper, potassium & calcium), galian sureh (molybdenum, manganese & foliate), asid amino, tinggi-serat & rendah-kalori.
Khasiat & Kelebihan Teh Jintan Manis
Cuci Usus
jintan manis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil & usus besar secara sederhana. herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan & mencuci dinding usus dari toksin, kotoran & mendapan degil. yang bagusnya, ia tidak mengakibatkan cirit-birit.. proses pembuangan lebih bersahaja & tidak terasa senak perut! sistem metabolisma menjadi lebih teratur & semestinya ia membantu melangsingkan badan!
jintan manis dapat merawat masalah ketidakhadaman, radang perut & usus dengan cara mengeluarkan gas, angin & asid yg berlebihan dalam perut. Secara tak langsung ia membuatkan perut menjadi leper & kemas!
Kawal Tahap Kolesterol-
jintan manis kaya dengan vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol berbahaya dalam badan. kadar seratnya yg tinggi dapat mencegah berlakunya buasir & kanser usus.
Rawat Bengkak Sendi, Sakit Badan & Lenguh-Lenguh Otot :-
jintan manis mengandungi ‘anethole’, sangat perlu utk merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang & otot! ‘anethole’ juga diyakini dapat mengurangkan risiko keberulangan (re-occurrence) penyakit kanser. kajian menunjukkan penggunaan ‘anethole’ dapat menyekat kemaraan ‘tumor necrosis factor’ dalam tubuh manusia.
Diuretik-
jintan manis bersifat diuretik, bermakna ia dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan.. justeru merawat sembab muka, perut kembung, buncit & senak perut!
Menambah Kuantiti & Kualiti Susu Ibu
jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) & memberi kesan yg sama pada tubuh sepertimana tugas estorgen. ia juga boleh merawat masalah kesakitan pra-haid & menopos, masalah rendah-libido (dingin seks) & ketegangan saraf. dengan meminum secawan teh jntan manis waktu malam, ia dapat menenangkan saraf & membuatkan anda lebih mudah tidur malam.
Mengatasi Gejala Pra-Haid, Pra-Menopos & Rendah Libido
jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan & kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan simptom-simptom pra-menopos & menggalakkan daya keinginan seksual secara semulajadi (berkesan!)
Pelbagai Manfaat Lain
jintan manis dapat mengekang selera makan, menyegarkan nafas, menurunkan panas badan, merawat jangkitan mata, meredakan sakit tekak, memulih batuk & membuang kahak.
Cara Penyediaan Teh Jintan Manis
- masukkan 2 gelas air ke dalam periuk. masukkan 1 sudu besar jintan manis (versi biji) ke dalam periuk tadi. rebus hingga mendidih. setelah mendidih, terus tutup api & tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
- setelah suam, tapis & tuang ke dalam gelas, kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur / suka delima.
- kacau & minum 3 kali sehari (before breakfast, lunch & dinner).
jika u all rajin bersenam lepas minum secawan teh jintan manis selama 30 minit setiap hari (sehingga 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan sehingga 14kg dari berat badan) that's my own experience back then..
cubalah secawan teh jintan manis hari ini. jika diamalkan berterusan, u akan merasa fadhilat & kebaikannya pada tubuh badan. ia mampu membuang keracunan dlm badan kerana bertindak sebagai tonik semulajadi yg membersih darah, buah pinggang, paru-paru & limpa.
Thank you for reading.. Be the first to LIKE & SHARE ! Vamos
tips yg sgt menarik..
ReplyDeletetp cuka epal tue nk dptkn kt mna yer?
terimakasih intan..
ReplyDeletekalau nak cuka epal bole beli online je..
jintan manis perlu tukar ke kak yatt utk hari yg sama yg minum 3kali shari tu?
ReplyDeletesekali masak utk 3kali minum. makna minum 1/3 gelas setiap kali minum. ye, jintan manis kena buang. esok nak buat, guna jintan manis baru.. hehe.. lagipun bahan tu murah je kan? kan?
ReplyDeleteterimakasih..
klu pagi tu kita dah minum serbuk kayu manis + madu, boleh ke kita minum yg resepi jintan manis + madu + cuka epal.ada effect tak.
ReplyDeletesalam Ida.. ini resepi semulajadi, boleh minum bila-bila masa tapi harus dlm sukatan yg sederhana & berterusan..
ReplyDeleteSaya mengandung, boleh tak mengambilnya?
ReplyDeleteI'm pragnant, can drink this juice?
ReplyDeletedear Ashaa Sha..
ReplyDeleteyes you can but remember to always start with minimal amount, ok? let say, try a pinch first.. later, if u re comfortable with no feeling of drowsy, fatigue or something, then add up to half a teaspoon. never exceed 1 teaspoon during pregnancy..
bole tak kalau rendam semalaman then minum air dia?
ReplyDeleteboleh.. tapi seeloknya letak dlm peti ais.. sediakan 2 cawan air, masukkan 1 sudu besar biji jintan manis, then masukkan dlm peti ais.. keesokannya boleh minum.. dgn cara itu, inti infusion lebih segar & khasiatnya lebih terjamin..
ReplyDeletesalam yatt..boleh ke rebusan halba dan jintan disekalikan? sbb skrg tgh knsisten minum rebusan halba tiap pagi. nk cuba juga rebusan jintan ni. btw hasil minum rebusan halba tu sy dh tk snggugut..syukur sgt..
ReplyDeletewassalam..
ReplyDeleteye bole sekalikan rebus jintan + halba - lebihkan bahagian halba, seeloknya 2/3 halba + 1/3 jintan manis..
alhamdulillah teh halba mmg power!!