Post Top Ad

Showing posts with label sabun herba organik. Show all posts
Showing posts with label sabun herba organik. Show all posts
6:02 PM

Handmade Herbal Soap Sabun Herba Membersih Sambil Melembap Mencantik Melembut Menghalus Memelihara Mencerah Warna Kulit

by , in

Kebaikan sabun rumusan herba asli Hemani mencantik, melembut, menghalus & mencerah warna kulit. Boleh guna hingga 3kali sehari tanpa mengeringkan kulit. Cara penggunaan yg betul ialah begini.. lepas u all gosok-gosok bueh sabun ke kulit muka kan, terus bilas hingga bersih ye. Jangan biar bueh sabun tu lama-lama kat muka.. kalau u all berminat nak biar bueh sabun lama-lama kat muka macam guna sabun Eumora tu, u all kena guna sabun Dogaci.. ha! sabun Dogaci tu memang 100% lembut & selamat sebab formulasi 100% minyak organik zaitun, laurel & aprikot.. faham kan? terimakasih..
6:48 PM

sabun dogaci tanah liat clay apikot apricot pakdefni zaitun laurel 100% natural organik soap utk pencinta natural beauty

by , in

asssalamualaikum.. hello pretty girls.. all you need is love, hugs & kisses..


Sabun Dogaci dirumus dari 100% minyak organik yg diproses secara mampatan-sejuk, sangat lembut & anti-alahan menjadikannya sesuai utk semua golongan semua usia termasuk kanak-kanak & bayi!

1Bar -Sabun Organik Dagaci/Pakdefne- Turkey
Normal Price SM RM30 / SS RM33
Best Buy SM RM25 / SS RM25
---------- termasuk pos laju ----------
( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy )

Pure Apricot Soap Sabun aprikot disyorkan utk merawat masalah kulit kering, alahan kemerahan, garis regangan (selepas kehamilan) & kesan terbakar matahari. Sesuai utk semua jenis kulit termasuk yg sensitif & berminyak. Membersih dgn lembut hingga ke pori-pori, merawat kulit mengelupas & melembap serta menghilangkan jerawat. Juga sesuai dijadikan syampu utk rambut kering & bercabang.

  
Clay Apricot Olive Soap Sabun tanah liat diadun bersama minyak aprikot & minyak zaitun - sangat digalakkan utk mereka yg mengalami masalah jerawat kronik & kes jerawat yg tumbuh di tempat yg sama setelah jerawat itu surut, paham kan? Mengawal kulit berminyak & memulih kesan parut. Tidak sesuai utk kulit kering & mengelupas. Elak penggunaan jika kulit ada luka & melecet. Selamat dijadikan syampu utk mengatasi masalah gatal-gatal kulit kepala akibat kelemumur yg tebal & berkuping!

 
Pure Olive Oil Soap Sabun minyak zaitun & laurel organik, sungguh lembut. Sesuai utk para remaja yg ingin menjaga & mengekalkan kecantikan kulit. Paling serasi utk kulit normal higga kering. Menjadikan kulit lembut, halus, bebas-cela & licin. Juga sesuai dijadikan mandian bayi utk mencegah & merawat ruam rampin. Juga digalakkan sebagai syampu rambut utk warga dewasa.
 
Thank you for reading.. Like!
5:15 PM

promosi natural beauty pre cleanser minyak habbatus sauda sabun timun rahsia kulit cerah berseri dalam masa 15 hari

by , in
assalamualaikum.. hello pretty girls.. all you need is love, hugs & kisses..

tajuk entry kali ni sangat mengancam kan? ye la tu.. kalau tak perasan tak sah, kan.. kalau u betul2 nak ikut cara penjagaan kecantikan secara semulajadi, i cadang u mulakan dengan basic skin care yg i cakap ni.

sebelum ni i pernah guna bermacam jenis minyak organik utk buang kesan kotoran, bedak, habuk, asap, debu & jerebu pd kulit muka. antaranya minyak aprikot, minyak argan, minyak biji anggur, minyak kelapa dara & minyak zaitun. semuanya bagus, cuma ada satu yg terbagus di antara semua yg bagus-bagus itu, ok? i juga pernah cuba bermacam jenis sabun untuk cuci muka, tak payah la i sebut satu per satu, kang sampai esok pagi tak habis cerita pasal sabun.

sekarang i nak cerita pasal dua jenis produk organik yg sangat simple, sangat berkesan & menjadi pada kulit i.. i couldn't believe my eyes, but my skin has totally improved in 15 days! harga berpatutan & tentu sekali produk semulajadi bebas kimia, selamat utk kegunaan jangkamasa panjang, u all boleh amalkan selagi hayat dikandung badan, ok?

50ML -Minyak Habbatus Sauda Dogaci- Turkey (+)
 100G -Sabun Timun (Cucumber) Hemani- Pakistan
Normal Price SM RM63 / SS RM66
Best Buy SM RM55 / SS RM58 
---------- termasuk pos laju ----------
( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy  )

kenapa perlu guna minyak habbatus sauda sebagai pre cleanser ?
ramai orang sudah tau tentang khasiat minyak habbatus sauda yg menjadikan ia paling berpotensi utk penjagaan luaran & dalaman tubuh badan, so i rasa tak perlu la nak cerita panjang lebar tentang kandungannya, ok?
now, i just want to share with you, my experience using this oil. i guna minyak habbatus sauda ni sebagai pre-cleanser. the only thing yg i nampak lepas 15 hari ialah kulit i makin tegang, pori-pori jadi lebih halus & tekstrur kulit juga makin lembut.
minyak habbatus sauda kaya dengan linoleic acid & arginine membantu melegakan alahan pada kulit sentisitif, membasmi radikal bebas & berupaya menyembuhkan kesan luka, calar, kudis & jerawat.
selain membersih kulit, ia juga memperbaiki keanjalan kulit, memulih sel-sel kulit, mencegah kedutan sebelum masa & memulih kesan parut.
terbukti sifat anti-bakteria & anti-kulat pd minyak habbatus ini sauda berjaya membunuh kuman penyebab jerawat & mencegah timbulnya jerawat baru. trust me, kalau u all amalkan minyak ni sebagai pemakanan dalaman secara konsisten, u all akan dapati tahap kesihatan bertambah baik & keadaan kulit kelihatan segar bermaya. no doubt, this is the best oil in the world!
i suka dengan kesannya yg menjadikan kulit nampak lebih bersinar & berseri. walaupun kulit i tak seputih Maria Sharapova tapi yg penting my skin nampak segar bermaya & bagi i itu sudah cukup untuk tambah rasa yakin diri.
cara guna pre cleanser minyak habbatus sauda :-
(⁀‵⁀) ♥.
..`⋎´ ♥¸.•°*”˜˜”*°•..♥ pre cleanser bermaksud kita pakai sebelum cuci muka, fungsi sama macam cleansing milk la..
  • (1) ratakan & urut muka dengan minyak habbatus sauda
  • (2) lembapkan kapas, lepas tu lap muka utk buang kotoran & makeup pd muka.
  • (3) lepas tu baru cuci muka dengan sabun timun
     
    Ini Sara, anak dara i la.. dulu kulit Sara banyak jerawat pasir & jerawat bermusim (ye masa dekat-dekat nak period banyak jerawat besar-besar muncul kat dahi & atas kening). sekarang kulit dia makin cantik, clean & clear.. i like.. Sara pakai sabun timun saje, dia tak suka minyak habbatus sauda tu, busuk katanya.. katanya..

    kenapa perlu guna sabun timun utk cuci muka ?
    kalau u cari maklumat di internet ni, u akan jumpa bermacam alasan yg menyokong kebenaran tentang khasiat & kebaikan pati timun utk cantik semulajadi.
    Sekarang i paling suka sabun timun ni, bau dia lembut, buih dia lembut, membersih muka dengan lembut tapi berkesan menghilangkan semua jerawat pasir & jerawat yg besar-besar, juga menghilangkan kesan sunburn. Sesuai utk semua masalah kulit & lembut utk kegunaan kulit remaja.
    selama ni i buat tak tau je dengan sabun timun ni.. alahai.. malasnya nak try sabun ni, nampak macam low class je, nama pun timun kan.. i cuma beli dua ketul utk cuba tapi sampai ke sudah i tak cuba sebab i lebih tertarik dengan sabun saffron, cinnamon, lavender, tamarind, ginseng bla bla bla.. sampaikan i rasa tak syok nak promosi sabun timun ni.. tak tau pasal apa.. haha! cekadak betul!
    habis tu, macam mana i tergerak hati nak cuba sabun timun ni? al-kisah.. i baru perasan kulit anak dara i tu makin gebu, putih berseri, semua jerawat pasir sudah hilang, semua jerawat yg besar pun sudah hilang, ye sama sekali tak de langsung kesan parut. i pun tanya la.. apa yg dia pakai.. setau i, dia guna sabun lavender & tempek aloe vera gel utk keringkan jerawat tu. hah? dia cakap dia pakai sabun timun! lepas tu apa lagi.. i pun teruja tahap gaban nak mencuba.. lalala..
    so, kalau u dah cuba macam-macam produk tapi masih belum nampak kesan yg u harapkan, i suggest u cuba set kecantikan organik semulajadi yg super murah & super berkesan ni.. tapi satu hal yg u all kena ingat, lambat atau cepat kesan sesuatu produk itu bergantung pd tahap keserasian.. ada yg cepat, ada yg perlu lebih sabar..
    yg ni toner timun! u all kena buat sendiri.. senang je..

    kenapa perlu buat sendiri resepi toner timun untuk menyegar kulit muka ?
    yg ni toner timun! u all kena buat sendiri.. senang je.. ambil sebatang timun ukuran sederhana, parut utk dapatkan pati timun, boleh juga guna food processor.. pastu masukkan dalam cheese cloth, perah sekuat tenaga utk dapatkan 100% pati timun sejati. cara guna pun senang, celupkan kapas ke dalam pati timun tu, lepas tu usap ke muka. biarkan 10minit kemudian basuh dengan air bersih. atau.. u all boleh tampal beberapa keping kapas yg siap direndam dalam pati timun tu kat muka & biar sampai kering, pastu cuci bersih.. senang kan nak cantik semulajadi kan? 
    antara khasiat penyegar timun / cucumber toner ialah menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam, menyejukkan kulit terbakar serta menanggalkan kotoran & sel-sel kulit mati.
    Selamat mencuba.. 

    Thank you for reading.. Like !
    12:27 AM

    sabun pati asam jawa hemani tamarind soap kaya vitamin C natural AHA buang sel mati kulit tegang muda hilang parut

    by , in
    Assalamualaikum.. hello pretty girls.. all you need is love, hugs & kisses..

    u all biasa dengar orang dulu-dulu guna asam jawa untuk mencantikkan kulit, kan? Masa I tingkatan 3 dulu, ada seorang kakak kat kampung, nama dia.. erkk? maaf-dah-lupa-nama-dia.. ni resepi dari kakak tu untuk haluskan kulit muka, hilangkan jerawat & parut menggunakan pati asam jawa & tepung beras. 

    Resepinya :- 1 sudu besar tepung beras + 1 sudu besar air asam jawa yg cukup pekat. Kacau rata, kemudian tempek kat muka selama 10minit atau sampai kering, lepas tu cuci bersih. Hasilnya kulit dia memang cantik, halus, licin, cerah & awet muda.. tapi I dah lama tak jumpa kakak tu, mak cakap dia dah pindah.. u all cuba ye..

    150G -Handmade Soap (Tamarind) Hemani- Turkey
    Normal Price SM RM58 / SS RM61
    Best Buy
    SM RM18 / SS RM21
    ---------- termasuk pos laju ----------
    ( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
    ( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy )

    Sekarang u all boleh tambah siri penjagaan kecantikan harian dengan sabun asam jawa ni ye :- 
    • This is handmade herbal soap with tamarind extracts (pati asam jawa) & fresh aromas that high in vitamin C & natural AHA (alpha hydroxyl acid) to help exfoliating & brightening your skin.
    • Tamarind extract is a useful ingredient in face & body cleansing products for adjusting skin acidity conditions.
    • It also serves antiseptic, anti-allergy & skin tightening purposes.
    • Until now, women all over the world still putting tamarind paste on their face to avoid freckles & pre-mature aging & it works wonderfully!
    • One more thing, the tamarind extract is regarded as an effective astringent, makes it an excellent toner to tighten your skin & shrink the pores on your face.
    Thank you for reading.. Like !
    6:14 AM

    fleur's acne soap sabun pencerah kulit dari ekstrak herba rawat kulit berjerawat pori pori terbuka tompok hitam warna tak sekata

    by , in
    Assalamualaikum.. hello pretty girls.. all you need is love, hug & kisses.. 

    lama betul rasanya i tak menulis kat blog ni. nanti kalo u all terjumpa ayat-ayat yg agak pelik atau kedengaran songsang, i harap u all maafkan i sebab dah lama sangat tak menulis kan.. otak lemau, jari lemau, semua pun lemau.. ye la.. ye la.. i nak story la ni..

    sebenarnya i terbeli sabun ni minggu lepas sebab nak bagi sara mencuba, sebab saban bulan anak dara i akan panik lain macam sebab diserang oleh kemunculan jarawat yg agak banyak di kawasan dahinya itu. alhamdulillah kawasan-kawasan lain seperti pipi, hidung & dagu sentiasa bebas dari serangan jerawat itu, tiada masalah serius..

     
    135G -Acne Soap with Herbal Extracts Fleur's- Pakistan
    Normal Price SM RM35 / SS RM38
    Best Buy SM RM30 / SS RM33
    ---------- termasuk pos laju ----------
    updated 12/01/2013 ( Out of Stock! )
    ( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
    ( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy )

    sebelum ni, i bagi sara guna sabun lavender hemani, kesannya sangat baik, jerawat pasir di bahagian dahi dia dah hilang. cuma ada sikit kesan merah-merah. jerawat pasir ni hanya tumbuh berkeliaran jika dia berpeluh berlebihan terutamanya semasa aktiviti ko-kurikulum & PJ di sekolah (ayat ni sara yg ajar).

    skang ni, ada spesis jerawat baru yg agak besar & kemerahan akan muncul di kawasan dahinya itu, iaitu ketika dia bla bla pok pek pok pek (biasa la kan.. anak dara kan..) so i bagi sara cuba sabun fleur's acne soap with herbal extracts ni. kesannya? syukur.. jerawat makin mengecut, tinggal lagi dua biji jerawat yg agak degil di tengah-tengah kening, insyallah akan susut & menghilang dalam masa beberapa hari lagi. i minta sara supaya bersabar walaupun i sendiri rasa macam tak sabar2 nak tengok jerawat tu hilang. skang i perlu bersabar bersama sara.

    Kebaikan Fleur's Acne Soap with Herbal Extracts :- 
    i tulis english eih? skang ni i tak berapa rajin nak menterjemah, tambahan plak kamus longman kesayangan i tu dah koyak rabak. nanti bila i rajin i tolong terjemah ye.. ye? terimakasih..
    • containing herbal extracts with high content of vitamin E, this soap is a natural skin cleanser with a non-drying effect that washes away impurities & dirt.
    • it is specially formulated to provide a gentle & effective care for skin problems such as impurities (tanda-tanda cela), pimples (jerawat) & dilated pores (pori-pori terbuka).
    • in addition, its formula ensures that it also reduces acne, brown & blemished freckles to give you a clear & glowing complexion.
    How to use :-
    • rinse your skin with water. gently massage soap on your skin then rinse off thoroughly. pet dry, then follow with toning & moisturizing. to be used twice a day on a daily basis (morning & night).
    Ingredients :-
    • sodium palmate, sodium palm kernelate, aqua, fragrance, glycerin, vitamin E, EDTA (antioxidant) & herbal extracts. 
    Thank you for reading.. like !
    5:07 PM

    sabun tanah liat dogaci pure clay soap atasi masalah jerawat blackheads whiteheads parut

    by , in
    Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

    Pure Clay Apricot Olive Dogaci dirumus menggunakan 100% tanah liat mineral Mediterranean (atau dikenali sebagai Kaolin Clay), minyak kernel aprikot & minyak zaitun.

    Sesuai digunakan untuk memelihara & memulih semua jenis masalah kulit termasuk kulit berminyak, berjerawat, kulit yg cenderung-cela (seperti whiteheads, blackheads, pori-pori terbuka, kesan matahari, bertompok hitam & berwarna tak sekata) serta disarankan untuk kulit jenis normal, sensitif (mudah radang), berparut, kering, berkerut & matang. Disahkan selamat (certified organic) untuk kegunaan kanak-kanak & bayi (terutama yg menghadapi masalah elergi peluh & ruam lampin).

    60Capsules -Kapsul Biji Delima Avicenna- Turkey
    Normal Price SM RM30 / SS RM33
    Best Buy SM RM25 / SS RM28
    ---------- termasuk pos laju ----------
    ( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
    ( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy )

    Sabun Organik: Bebas-Kimia, Bebas-Lemak Haiwan, Bebas-Pewarna, Bebas-Pewangi
    Bagaimana Dogaci Pure Clay Apricot Olive Soap boleh memberi manfaat kecantikan kulit & rambut ? 
    • Tanah liat dapat meresap ke dalam kulit, menyalurkan khasiat silica, iron, magnesium, potassium & sodium untuk menarik serta mengeluarkan tanda-tanda cela pada kulit tanpa mengganggu minyak & lembapan asli kulit. Kebolehannya menyerap lebihan minyak, debu, kotoran & sel-sel mati dapat melicinkan tekstur kulit, merepatkan pori-pori, mengimbang kadar asid-alkali kulit, menegang kulit, menghilangkan kesan cemar-peluh & elergi serta membantu menyingkirkan kesan-kesan cela lainnya.
    • Pure Clay Apricot Olive Soap mengandungi vitamin A-B-E untuk memberi kesan awet muda pada kulit, di samping menyamarkan tanda parut, kesan jeragat, melasma, tompok hitam & masalah ekzema, juga menyuburkan sel-sel kulit supaya kelihatan lebih segar berseri tanpa rasa cekang kekeringan. Sangat digalakkan untuk ibu-ibu bersalin dalam usaha memulih & mencerah tanda regangan (stretch marks), juga boleh mencerah kawasan hitam di celah peha, bawah lengan, siku & lutut.
    • Pure Clay Apricot Olive Soap (sabun tanah liat aprikot zaitun) boleh digunakan untuk mengatasi masalah anak-anak yg mengalami demam campak (chicken pox), di mana kandungan tanah liat dapat membasmi kuman & meredakan radang yg menimbulkan biji-biji kemerahan & kegatalan pada kulit. Penggunaan berterusan boleh menyamar tanda parut yg ditinggalkan oleh kesan chicken pox tersebut.
    • Pure Clay Apricot Olive Soap tanpa bahan kimia, mengandungi khasiat mineral & vitamin-vitamin penting untuk membersih rambut secara mendalam tanpa merosakkan struktur rambut. Ia membekal lembapan tambahan pada rambut, menguatkan folikel rambut, menghilangkan kelemumur, mengurangkan keguguran rambut & membantu melambatkan penuaan rambut (beruban sebelum waktu - kena amal dari muda ye..)
    Tanah liat terbentuk hasil dari proses degredasi beransur-ansur batu-batuan mineral dalam bumi & masyarakat Mesir telah menggunakannya sejak sekian lama sebagai bantuan perubatan & kecemasan, juga sebagai bahan kosmetik & kecantikan.

    Thank you for reading.. like !
    8:24 PM

    sabun aprikot dogaci pure apricot soap treats stretch marks & many skin disorders

    by , in
    Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses.. 

    Dogaci Pure Apricot Soap (plus Olive Oil) dirumus dari 100% minyak kernel aprikot & minyak zaitun tulen, kaya dengan vitamin A-B-E-F untuk membersih, melembap, melembut, memulih & menyerlah kecantikan kulit supaya tampil lebih muda & cerah sekata. Ia tidak menyebabkan kesan pengelupasan, merengsa, kemerahan & kekeringan pada kulit.

    Disyorkan sebagai sabun cucian muka, mandian badan & syampu rambut. Bersifat lembut & menyegarkan, sesuai utk semua jenis kulit & semua peringkat umur. Selamat digunakan pada kulit bayi yg lembut & sensitif senditif.
     
    200G -Pure Apricot Soap (with olive) Dogaci- Turkey
    Normal Price SM RM30 / SS RM33
    Best Buy SM RM25 / SS RM28
    ---------- termasuk pos laju ----------
    ( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
    ( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy )

     Sabun Organik: Bebas-Kimia, Bebas-Lemak Haiwan, Bebas-Pewarna, Bebas-Pewangi
    Bagaimana Dogaci Pure Apricot Soap (with Olive Oil) boleh memberi manfaat kecantikan kulit & rambut ?
    • Minyak kernel aprikot merupakan top-grade cold-pressed oil yg mengandungi komponen linoleic acid yg tinggi, iaitu sejenis asid lemak perlu yg juga bersifat anti-rengsa yg kuat. Ia berkesan mengurangkan kemunculan kesan regangan (bagi ibu hamil), memudarkan kesan regangan (bagi ibu-ibu bersalin) & merawat tompok-tompok hitam pada kulit (akibat sering terdedah pada cahaya matahari).
    • Di samping itu, sabun ini bermanfaat untuk mengatasi kulit yg bengkak (iritasi), mengecutkan jerawat, membebaskan pori-pori kulit yg tersumbat, merawat kulit yg mengelupas & kemerahan serta boleh menyelesaikan masalah whiteheads & blackheads pada kulit.
    • Linoleic acid (dikenali sebagai vitamin F = vitamin kecantikan) juga penting sebagai pelindung dinding sel untuk mencegah kerosakan sel-sel dalaman & luaran serta mampu memelihara & mencegah kulit dari lain-lain masalah seperti dermatitis & eczema. 
    • Beta carotene (vitamin A) dalam minyak kernel aprikot berfungsi membuang sel-sel mati secara halus & mempercepatkan tindakan penggantian sel-sel kulit, di samping mencegah timbulnya jerawat, mengawet kulit & merawat jeragat.
    • Minyak kernel aprikot juga mengandungi vitamin B17 yg berguna untuk merawat pelbagai tanda cela pada kulit termasuk kesan terbakar matahari, kesan parut & warna kulit tak sekata.
    • Kombinasi kandungan vitamin A-B-E merangsang rejuvenasi sel-sel baru, mengimbang kadar lembapan & memberikan kesan glowing pd kulit.
    • Dogaci pure apricot soap (with olive oil) ini juga boleh digunakan sebagai syampu rambut untuk menghasilkan rambut yg lembut beralun (mudah diurus), menguatkan folikel rambut (mengurangkan rambut gugur) & menjaga kulit kepala (mengeringkan jerawat & menghilangkan kelemumur).
    Cara guna Pure Apricot Soap (with Olive Oil) ?
    • Cucian muka:- Buihkan sabun pada tapak tangan, usapkan rata-rata ke seluruh wajah, biarkan 2-3 minit, kemudian bilas hingga bersih. Kalau nak cepat habis, sila buat sabun badan ye.. Boleh mencantikkan & menggebukan kulit badan sekali..
    • Cucian rambut:- Mandi seperti biasa, basahkan rambut & gosokkan sabun ke rambut sehingga keluar buih. Kemudian ratakan buih ke kulit kepala & rambut dari akar hingga ke hujung. Selepas itu, bilas sebersih-bersihnya. Rambut anda menjadi super bersih! Mungkin anda rasa rambut anda seperti kering untuk seketika, tapi beberapa jam selepas itu, rambut anda kembali normal. Jika inginkan rambut yg lebih sihat bermaya, sila urut dengan minyak asas yg sesuai seperti pure apricot oil untuk rambut biasa, grapeseed oil untuk rambut yg terlalu berminyak & sesame oil untuk rambut beruban.
    Thank you for reading.. like !
    12:55 PM

    sabun zaitun laurel asli pakdefne pure olive laurel soap melembap rawat jerawat anti bakteria sesuai bayi remaja kulit sensitif

    by , in
    Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

    Alhamdulillah.. Sukacita.. memperkenalkan sabun kecantikan organik Pakdefne dari Turkey, rumusan 100% minyak laurel (bay leaves / daun salam) & minyak zaitun semulajadi. Sabun ini membersih kulit wajah & badan dengan lembut tanpa mengeringkan kulit, tidak menyebabkan rekahan & tidak meninggalkan sebarang kesan radang atau rengsa pada kulit.

    Selamat digunakan pada semua peringkat umur termasuk kulit bayi yg lembut & sensitif, di mana ia boleh menghapus bakteria yg mengakibatkan ruam, kemerahan & gatal-gatal pada kulit bayi & seterusnya memelihara keindahan kulit bayi.
     
    200G -Pure Laurel Olive Soap Pakdefne- Turkey
    Normal Price SM RM30 / SS RM33
    Best Buy SM RM25 / SS RM28
    ---------- termasuk pos laju ----------
    ( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
    ( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy )
    Sabun Organik: Bebas-Kimia, Bebas-Lemak Haiwan, Bebas-Pewarna, Bebas-Pewangi
    Bagaimana Pure Laurel Olive Soap boleh mencantikkan kulit ? 
    • Antioksida hydroxytyrosol (dalam minyak zaitun) membantu sel-sel kulit supaya mampu menyembuh dengan sendiri dari kesan melecet, lelasan, ruam, kesan terbakar matahari & pecemaran alam serta merawat masalah bintik-bintik hitam & jeragat.
    • Vitamin E & asid lemak dalam kedua-dua minyak ini mampu menyerlahkan kulit yg lebih sihat, anjal & bertenaga serta melewatkan kemunculan garis-garis halus & kedutan awal. Kulit kelihatan lebih segar!
    • Sabun ini tidak berminyak & tidak menyumbat pori-pori, menjadikannya pilihan terbaik untuk mengeringkan jerawat (tanpa mengeringkan kulit). Insyallah sesuai untuk kulit berminyak, balckheads, whiteheades & lain-lain masalah kulit seperti eczema & psoriasis.
    • Secara medikal, minyak zaitun bersifat anti-rengsa, sesuai untuk penjagaan & rawatan kecantikan bagi mereka yg mempunyai kulit yg sensitif & iritasi, kulit matang, kulit yg sangat kering & berjeragat,.
    • Minyak laurel pula merupakan bahan semulajadi & bersifat anti-bakteria yg membantu mencuci kulit secara mendalam, menghapus bakteria & menghalang jangkitan pada kulit.
    • Sabun minyak laurel-zaitun ini mengandungi unsur beta-carotene & kombinasi linolenic, alpha-linolenic & oleic acid yg membantu kulit menghasilkan prostaglandins untuk merangsang pertumbuhan sel-sel baru, menjadikan kulit anda berpelembapan semulajadi, menghilangkan keriput halus, memudar kesan parut lama & baru, mengetat pori-pori serta menyeragam warna kulit.
    • Menggalakkan penampilan kulit yg segar berseri & ceria!
    • Minyak zaitun mengandungi squalane. Manakala, kelenjar sebum dalam kulit kita pula menghasilkan squalene. Gabungan kerjasama squalane & squalene ini dapat menghalang kejadian pengoksidaan minyak asli yg ada pada kulit supaya kejadian penyusutan sel-sel dapat dielakkan pada pertengahan usia.
    Bagaimana Pure Laurel Olive Soap boleh mencantikkan rambut ?
    • Menurut kajian Dr. Ally Ehrlich M.D, masyarakat Timur Tengah sudah sekian lama menggunakan minyak laurel sbagai masker rambut untuk menguatkan akar rambut, menyubur & memberi sinar pada rambut mereka.
    • Laurel oil memiliki ciri-ciri antiseptik, pembasmi-kuman & pembersihan-mendalam untuk menyerap & membuang lebihan minyak, debu & kotoran pada kulit kepala.
    • Menghapuskan kulat & kelemumur pada kulit kepala.
    • Sabun ini bertindak seperti balsam semulajadi untuk menguatkan folikel rambut, mencegah rambut gugur & menambah ketebalan rambut.
    • Menyihatkan rambut & membuatkan rambut kelihatan lebih beralun serta mudah diurus.
    Cara guna Pure Laurel Olive Soap ?

    Cucian muka :-
    • Buihkan sabun pada tapak tangan, usapkan rata-rata ke seluruh wajah, biarkan 2-3 minit, kemudian bilas hingga bersih. Kalau nak cepat habis, sila buat sabun badan ye.. Boleh mencantikkan & menggebukan kulit badan sekali..
    Cucian rambut :-
    • Mandi seperti biasa, basahkan rambut & gosokkan sabun ke rambut sehingga keluar buih.
    • Kemudian ratakan buih ke kulit kepala & rambut dari akar hingga ke hujung. Selepas itu, bilas sebersih-bersihnya.
    • Rambut anda menjadi super bersih! Mungkin anda rasa rambut anda seperti kering untuk seketika, tapi beberapa jam selepas itu, rambut anda kembali normal.
    • Jika inginkan rambut yg lebih sihat bermaya, sila urut dengan minyak asas yg sesuai seperti pure apricot oil untuk rambut biasa, grapeseed oil untuk rambut yg terlalu berminyak & sesame oil untuk rambut beruban.
    Pure Laurel Olive Soap Pakdefne dihasilkan menggunakan pati minyak laurel & minyak zaitun 100% tulen - maka sesuai untuk basuhan tangan (boleh diletak kat sinki dapur ye, untuk cuci tangan lepas cuci pinggan), untuk mandian & cucian muka, juga untuk bersyampu, bahkan digalakkan untuk mandian bayi ! 

    Thank you for reading.. Like !
    12:15 AM

    sabun dogaci pakdefne apricot clay laurel olive soap rawatan kecantikan kulit muka badan rambut

    by , in
    Assalamualaikum.. hello pretty girls.. all you need is love, hugs & kisses.

    Saya nak umumkan akan kemasukan produk sabun kecantikan organik yg diimpot dari Turkey, kualiti antarabangsa, di bawah jenama Dogaci & Pakdefne. Diakui oleh sebahagian besar pengguna-pengguna wanita & lelaki Eropah, pengusaha klinik kecantikan & pusat spa terkemuka.

     

    Sabun-sabun organik ini tidak mengandungi bahan kimia, diproses secara cold-pressed, menggunakan bahan-bahan semulajadi & minyak-minyak asas yg terbukti memberi kecantikan pada kulit seperti minyak zaitun, minyak laurel (daun salam) & minyak kernel aprikot.

    Pakar kecantikan antarabangsa ini tidak teragak-agak mengesyorkan sabun-sabun organik ini digunakan tanpa was-was untuk merawat semua jenis masalah kulit & disyorkan untuk kegunaan kulit bayi yg sensitif?!

    & lagi.. mereka juga mencadangkan sabun-sabun organik ini dijadikan sebagai syampu untuk merawat & mencegah keguguran rambut kerana fungsi minyak-minyak asas tersebut mampu menguatkan akar rambut, memberi lembapan & melebatkan rambut serta menghilangkan masalah kelemumur!

    Satu ketika dulu I pernah jual sabun Al-Mishkat & Al-Wazeer dari Syria, ramai yg menggemarinya. Setelah kehabisan stok, kelihatan para pengguna masih setia menunggu sabun-sabun tersebut walaupun I bawa masuk sabun-sabun baru.

     

    Maka, Sabtu ini, I akan bawakan pengganti terbaik kepada sabun Al-Mishkat & Al-Wazeer.. percayalah.. yg terbaik punya.. anda pasti suka.. insyallah..

    Nantikan kedatangannya pd hari sabtu ini (19-march-2011). Insyallah..

    Sekian.. Wassalam.. Terimakasih..

    Thank you for reading.. Like !

    Post Top Ad

    Instagram Majestic Persona

    My Instagram