Post Top Ad

Showing posts with label habbatus sauda asli. Show all posts
Showing posts with label habbatus sauda asli. Show all posts
7:23 PM

keajaiban minyak habbatus sauda masukkan dalam skrub muka collagen buang sel kulit mati whitehead blackhead

by , in
assalamualaikum.. hello pretty girls..

tips kecantikan ni i buat sendiri tau, setakat ni i dah cuba 2 kali seminggu. Tested! Approved! 100% Satisfaction Guaranteed! mungkin i sangat serasi ngan minyak organik habbatus sauda, sebab tu semua resepi kecantikan yg melibatkan penggunaan minyak ni selalu memberi kesan di luar dugaan. ceh wah!

ok, i dah cuba formula skrub ni menggunakan minyak biji anggur (kesan kulit jadi cerah!), minyak biji delima (kesan lambat sket tapi tetap nampak kesannya terutama kalo kulit terlalu kering & sensitif!), minyak kelapa dara (bagus tapi pori-pori tersumbat! bg sesetengah orang ok je..), minyak zaitun (pori-pori tersumbat juga!), minyak argan (minyak ni super mahal tapi kesan gitu-gitu aje, 1 botol RM80 naik pitam masa nak bayo!) & minyak aprikot (kesan agak menakjubkan, bagus la, kulit berseri juga..)

dipendekkan cerita minyak habbatus sauda menghasilkan kesan terhebat! that's why i cakap minyak habbatus sauda adalah minyak TERBAIK seantero dunia.. believe it or not, there is no other organic oil better than black seed oil! yg penting u all kena pilih cold-pressed version, boleh dimakan begitu saje. kesan hampir serta merta! tahap ajaib la tu kan? pilih minyak habbatus sauda jenama dogaci ye.. yg i jual ni brand dogaci la.. pastinya 100% pure organic cold-pressed! jangan terpedaya dengan lain-lain brand yg memasukkan campuran pelbagai jenis minyak & dijual pada harga lebih murah. orang kita ni nak produk yg bermutu 100% asli original berkesan mantap tapi nak murah.. macam mana tu? biar la mahal sikit asal puas hati & yakin dengan ketulenannya.. mahal sikit aje pun, bukannya sampai beratus ringgit sebotol (mula dah.. hehe..)

natural beauty: cara guna skrub muka collagen plus minyak habbatus sauda :-
  • cuci muka. lap, biar keadaan kulit masih sedikit lembap, paham kan?
  • ambil sedikit skrub (i guna collagen scrub jenama pro natural 2000), letak atas tapak tangan.
  • titiskan sedikit minyak habbatus sauda, sebatikan kedua-duanya.
  • ratakan ke suruh muka, lepas tu skrub perlahan-lahan.
  • skrub je muka tu lama-lama pun tak pe (i buat sampai 10minit!) fokus pada bahagian muka yg banyak whitehead & blackhead. whitehead, blackhead & sel-sel kulit mati akan hilang serta merta!
  • kalau kulit ada jerawat pasir, urut pelan-pelan je la, lepas tu biar skrub kat muka dlm 5minit, baru bilas bersih.
  • kalau kulit ada jerawat besar-besar, tak boleh skrub ye, ratakan saje, lepas tu biar skrub kat muka dlm 10minit, baru bilas bersih. Insyallah boleh keringkan jerawat dlm masa satu minggu. dah jerawat besar-besar, kena lebih sabar la, kan?

untuk pengetahuan u all, i berjogging setiap hari, kulit i yg dulu cerah halus & licin menjadi gelap kerana sunburn, kemudian timbul jerawat & meninggalkan kesan parut macam masa muda-muda dulu (macam la sekarang dah tua sangat eik? ish! ish!), yg paling i tak suka pori-pori membesar bagai johan, warna kulit bertampuk, whitehead & blackhead tak payah cerita la, paling banyak sampai rasa menggerutu antara bibir bawah & dagu juga atas hidung & dahi. very stressful, i tell u..

i dah cuba macam-macam resepi untuk kembalikan kulit asal tu tapi masih tak puas hati. alhamdulillah, akhirnya di bulan Ramadhan yg ke 1433H ni i tergerak hati mencuba minyak habbatus sauda, sabun timun & formula skrub kolagen plus minyak habbatus sauda ni.. sungguh tak sangka i dapat berhari raya dengan kulit baru yg lebih indah berseri menawan hati.. (menawan hati i sendiri la.. haha! syok sendiri apa salahnya, kan? ok tu, lebih baik dari tak syok langsung..)

oleh kerana entry ini ditulis di penghujung Ramadhan, maknanya u all tak sempat lah nak cuba sebelum Syawal, kan? tapi tak pe, selalu percaya bahawa tiada istilah terlambat dalam hidup ni.. kalau tak sempat sekarang, masih ada esok bagi mu.. u all boleh cuba lepas raya ye..

Thank you for reading.. Like !
5:15 PM

promosi natural beauty pre cleanser minyak habbatus sauda sabun timun rahsia kulit cerah berseri dalam masa 15 hari

by , in
assalamualaikum.. hello pretty girls.. all you need is love, hugs & kisses..

tajuk entry kali ni sangat mengancam kan? ye la tu.. kalau tak perasan tak sah, kan.. kalau u betul2 nak ikut cara penjagaan kecantikan secara semulajadi, i cadang u mulakan dengan basic skin care yg i cakap ni.

sebelum ni i pernah guna bermacam jenis minyak organik utk buang kesan kotoran, bedak, habuk, asap, debu & jerebu pd kulit muka. antaranya minyak aprikot, minyak argan, minyak biji anggur, minyak kelapa dara & minyak zaitun. semuanya bagus, cuma ada satu yg terbagus di antara semua yg bagus-bagus itu, ok? i juga pernah cuba bermacam jenis sabun untuk cuci muka, tak payah la i sebut satu per satu, kang sampai esok pagi tak habis cerita pasal sabun.

sekarang i nak cerita pasal dua jenis produk organik yg sangat simple, sangat berkesan & menjadi pada kulit i.. i couldn't believe my eyes, but my skin has totally improved in 15 days! harga berpatutan & tentu sekali produk semulajadi bebas kimia, selamat utk kegunaan jangkamasa panjang, u all boleh amalkan selagi hayat dikandung badan, ok?

50ML -Minyak Habbatus Sauda Dogaci- Turkey (+)
 100G -Sabun Timun (Cucumber) Hemani- Pakistan
Normal Price SM RM63 / SS RM66
Best Buy SM RM55 / SS RM58 
---------- termasuk pos laju ----------
( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy  )

kenapa perlu guna minyak habbatus sauda sebagai pre cleanser ?
ramai orang sudah tau tentang khasiat minyak habbatus sauda yg menjadikan ia paling berpotensi utk penjagaan luaran & dalaman tubuh badan, so i rasa tak perlu la nak cerita panjang lebar tentang kandungannya, ok?
now, i just want to share with you, my experience using this oil. i guna minyak habbatus sauda ni sebagai pre-cleanser. the only thing yg i nampak lepas 15 hari ialah kulit i makin tegang, pori-pori jadi lebih halus & tekstrur kulit juga makin lembut.
minyak habbatus sauda kaya dengan linoleic acid & arginine membantu melegakan alahan pada kulit sentisitif, membasmi radikal bebas & berupaya menyembuhkan kesan luka, calar, kudis & jerawat.
selain membersih kulit, ia juga memperbaiki keanjalan kulit, memulih sel-sel kulit, mencegah kedutan sebelum masa & memulih kesan parut.
terbukti sifat anti-bakteria & anti-kulat pd minyak habbatus ini sauda berjaya membunuh kuman penyebab jerawat & mencegah timbulnya jerawat baru. trust me, kalau u all amalkan minyak ni sebagai pemakanan dalaman secara konsisten, u all akan dapati tahap kesihatan bertambah baik & keadaan kulit kelihatan segar bermaya. no doubt, this is the best oil in the world!
i suka dengan kesannya yg menjadikan kulit nampak lebih bersinar & berseri. walaupun kulit i tak seputih Maria Sharapova tapi yg penting my skin nampak segar bermaya & bagi i itu sudah cukup untuk tambah rasa yakin diri.
cara guna pre cleanser minyak habbatus sauda :-
(⁀‵⁀) ♥.
..`⋎´ ♥¸.•°*”˜˜”*°•..♥ pre cleanser bermaksud kita pakai sebelum cuci muka, fungsi sama macam cleansing milk la..
  • (1) ratakan & urut muka dengan minyak habbatus sauda
  • (2) lembapkan kapas, lepas tu lap muka utk buang kotoran & makeup pd muka.
  • (3) lepas tu baru cuci muka dengan sabun timun
     
    Ini Sara, anak dara i la.. dulu kulit Sara banyak jerawat pasir & jerawat bermusim (ye masa dekat-dekat nak period banyak jerawat besar-besar muncul kat dahi & atas kening). sekarang kulit dia makin cantik, clean & clear.. i like.. Sara pakai sabun timun saje, dia tak suka minyak habbatus sauda tu, busuk katanya.. katanya..

    kenapa perlu guna sabun timun utk cuci muka ?
    kalau u cari maklumat di internet ni, u akan jumpa bermacam alasan yg menyokong kebenaran tentang khasiat & kebaikan pati timun utk cantik semulajadi.
    Sekarang i paling suka sabun timun ni, bau dia lembut, buih dia lembut, membersih muka dengan lembut tapi berkesan menghilangkan semua jerawat pasir & jerawat yg besar-besar, juga menghilangkan kesan sunburn. Sesuai utk semua masalah kulit & lembut utk kegunaan kulit remaja.
    selama ni i buat tak tau je dengan sabun timun ni.. alahai.. malasnya nak try sabun ni, nampak macam low class je, nama pun timun kan.. i cuma beli dua ketul utk cuba tapi sampai ke sudah i tak cuba sebab i lebih tertarik dengan sabun saffron, cinnamon, lavender, tamarind, ginseng bla bla bla.. sampaikan i rasa tak syok nak promosi sabun timun ni.. tak tau pasal apa.. haha! cekadak betul!
    habis tu, macam mana i tergerak hati nak cuba sabun timun ni? al-kisah.. i baru perasan kulit anak dara i tu makin gebu, putih berseri, semua jerawat pasir sudah hilang, semua jerawat yg besar pun sudah hilang, ye sama sekali tak de langsung kesan parut. i pun tanya la.. apa yg dia pakai.. setau i, dia guna sabun lavender & tempek aloe vera gel utk keringkan jerawat tu. hah? dia cakap dia pakai sabun timun! lepas tu apa lagi.. i pun teruja tahap gaban nak mencuba.. lalala..
    so, kalau u dah cuba macam-macam produk tapi masih belum nampak kesan yg u harapkan, i suggest u cuba set kecantikan organik semulajadi yg super murah & super berkesan ni.. tapi satu hal yg u all kena ingat, lambat atau cepat kesan sesuatu produk itu bergantung pd tahap keserasian.. ada yg cepat, ada yg perlu lebih sabar..
    yg ni toner timun! u all kena buat sendiri.. senang je..

    kenapa perlu buat sendiri resepi toner timun untuk menyegar kulit muka ?
    yg ni toner timun! u all kena buat sendiri.. senang je.. ambil sebatang timun ukuran sederhana, parut utk dapatkan pati timun, boleh juga guna food processor.. pastu masukkan dalam cheese cloth, perah sekuat tenaga utk dapatkan 100% pati timun sejati. cara guna pun senang, celupkan kapas ke dalam pati timun tu, lepas tu usap ke muka. biarkan 10minit kemudian basuh dengan air bersih. atau.. u all boleh tampal beberapa keping kapas yg siap direndam dalam pati timun tu kat muka & biar sampai kering, pastu cuci bersih.. senang kan nak cantik semulajadi kan? 
    antara khasiat penyegar timun / cucumber toner ialah menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam, menyejukkan kulit terbakar serta menanggalkan kotoran & sel-sel kulit mati.
    Selamat mencuba.. 

    Thank you for reading.. Like !
    12:55 AM

    minuman panas habbatus sauda hot black seed drinks sesuai rawat semua jenis penyakit biasa hingga tahap kronik mabuk keracunan barah sakit jantung

    by , in
    Assalamualaikum.. hello pretty girls.. all you need is love, hugs & kisses..

    Habbatus Sauda ialah jintan hitam atau orang puteh panggil black seed. (lepas ni, i ringkaskan jadi HS ye.. penat tau nak taip panjang-panjang, banyak kali plak tuh..) Sebelum ni, i amalkan minyak HS & serbuk biji HS setiap hari, pagi & petang (eh! tipu.. bukan setiap hari la.. biasanya selang sehari gitu.. kadang-kadang tak ambil langsung iaitu masa kehabisan stok..) Sekarang ni, i terjumpa cara paling santai ceria utk menikmati khasiat HS sepenuhnya, sedap & penuh aroma.. dgn segala hormatnya.. memperkenalkan Minuman Panas Habbatus Sauda! (Hot Black Seed Drinks!)

    12Sachets -Hot Black Seed Drinks- Malaysia
    Normal Price SM RM40 / SS RM45
    Best Buy SM RM38 / SS RM43
    ---------- termasuk pos laju ----------
    ( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
    ( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy )

    - maaf kehabisan stok - harap maklum -
     

    Senang je cara nak minum ni. u all masak air, pastu tuangkan 1 uncang Hot Black Seed Drinks ke dlm cawan, tambah air panas, kacau & minum.. pergh!!! lepas beberapa minit u all jadi bertenaga, bertambah semangat & tak sabar-sabar nak buat kerja.. walaupun tak de kerja, u all sanggup cari kerja sebab u all tak boleh duduk diam, kepanasan.. best tau! senang keluar peluh.. juga bagus utk kawal tahap kolesterol & gula dlm darah.. juga disyorkan utk para ibu dalam pantang, cepat memulihkan rahim & melancarkan pengeluaran susu ibu..

    HS mengandungi lebih dari 100 komponen kimia bermanfaat utk penjagaan & perawatan kesihatan. Kandungan HS merangkumi 21% protin, 38% karbohidrat & 35% minyak pati serta asid lemak. Lain2 bahan aktif dlm Hs termasuk linoleic acid, oleic acid, calcium, potassium, iron, zinc, magnesium, selenium, vitamin A, vitamin B, vitamin B2, niacin &  vitamin C.

    sebenarnya i nak cerita banyak lagi pasal HS ni.. i sambung kemudian ye.. rasa nak termuntah dah dok terjemah artikel HS dlm BI ke BM ni.. dah la tak berapa reti english, speaking berterabur.. adoi.. dictionary koyak rabak plak ni.. penjual online lain tu bukan amek kisah pun.. asal bole je  download & upload artikel ni ke dlm blog dorg.. dorg bersenang lenang di atas usaha keras i.. betul i tak redha lanun-lanun yg sesenang hati mencetak rompak tu.. sekian.. 

    Thank you for reading.. Like!
    6:49 PM

    manfaat khasiat kesihatan kecantikan dari kisaran halus biji habbatus sauda rahsia awet muda cergas minda

    by , in
    Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

    Walaupun u all dah tahu macam mana caranya nak guna biji habbatus sauda ni, tapi i nak cerita juga. u all tau i suka bercerita kan? tau tak pe.. Mula-mula i blend biji habbatus sauda sampai halus, pastu i tuang dalam botol kaca kedap udara. Kalau u all nak follow pastikan botol yg u all guna tu mesti kedap udara ye, kalau tak, serbuk biji habbatus sauda tu akan bertukar sifat jadi keras sekeras nescafe masuk angin.. tau kan?

    Ha..! apa yg u all tengok dalam botol kaca tu hanya 30% dari kuantiti asal. 3 bulan lepas, botol kaca tu penuh dengan serbuk biji habbatus sauda (i singkatkan jadi HS ye.. panjang beno, tak larat nak tulis banyak kali..) Sekarang dah tinggal seciput je, maknanya i memang fenatik, pengamal tegar serbuk biji HS (jangan lupa singkatan HS tu.. bukan Hantu Syaiton.. huhu..)

     
    serbuk biji habbatus sauda - siap dikisar utk kemudahan masa depan

    Apa yg i buat dengan serbuk biji HS tu? jangan heran, kita boleh buat macam-macam dengan serbuk biji HS. Yg paling i suka ialah masukkan dalam minuman panas kegemaran utk dapat manfaat kesihatan & awet muda secara langsung (rahsia awet muda paling senang). Selalunya i masukkan 1/4 sudu kecil ke dalam minuman yg i suka, contoh.. white coffee, milo, horlicks, hot chocolate, ali tea & ali cafe (power root punya!), nescafe gold & cuppucino. Kalu u all nak letak dalam susu panas pun boleh..

     
    ini secawan ali cafe 5-in-1 panas, siap dikacau dengan 1/4 sudu kecik serbuk HS, sedikit serbuk kulit kayu manis & sedikit serbuk masala tea

    Selain tu u all boleh tabur sedikit serbuk HS ke atas nasi panas.. panas! panas!.. nak masukkan dalam lauk-pauk pun boleh.. lazimnya i masukkan dalam sayur goreng, macam kubis goreng, kacang panjang goreng, kangkung goreng, kailan goreng.. bla.. bla.. dalam tomyam pun i letak tau.. i tak peduli my hubby terbeliak biji mata tengok i tabur serbuk HS dalam tomyam.. bukan takat serbuk HS, serbuk lada hitam pun i tabur dalam tomyam.. sekali lagi i tak peduli.. yg bestnya, bila dia dah rasa, baru dia cakap "sedapnya tomyam ayang ni.. kalah tomyam 'gulai panas' kat jalan reko tu.." kembang hidung.. sebelanga i masak, sebelanga habis.. alhamdulillah..

    Kalau u all rasa lenguh-lenguh & sengal-sengal badan, sediakan sepiring minyak urut (i suka campur minyak pudina & minyak kelapa dara), kemudian taburkan sedikit serbuk HS, pastu urutlah bahagian berkenaan macam biasa.. insyallah.. lenguh-lenguh akan hilang..
    Lagi 1, serbuk HS juga boleh diadun ke dalam resepi body scrub utk menganjalkan kulit & melancarkan perjalanan darah. Caranya, sediakan 1 mangkuk kecil - masukkan 2 sudu besar brown sugar, 1 sudu besar serbuk kopi (i guna kopi cap kapal api), 1 sudu kecil serbuk HS, 1 sudu kecil serbuk badam (cari kat bakery supplies), 1 sudu kecil minyak zaitun, 1 sudu kecil glycerin (cari kat bakeri supplies). Gaul semua rata-rata, pastu mandi & skrub seluruh badan dengan handmade body scrub ni.. boleh hilangkan daki, kedut-kedut, stretch marks, selulit & kesan parut.. insyallah..

    image source: google
     
    my yummy handmade body scrub - membersih, menghalus & mencantikkan kulit badan.. hmmm.. rasa cam nak mamam je skrub tu..

    Thank you for reading.. Like !
    5:29 PM

    minyak habbatus sauda asli pure black seed oil rahsia cerdas minda fizikal spiritual penawar 50 jenis penyakit tanpa kesan sampingan

    by , in
    Assalamualaiukum.. hello pretty girls.. all you need is love, hugs & kisses..

    Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah memcatatkan di dlm kitab karangannya 'Al Tibb An-Nabawi bahawa Habbatus Sauda (Al Habbah Al Barokah) boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa kesan sampingan.

     
    50ML -Minyak Habbatus Sauda Dogaci- Turkey
    Normal Price SM RM38 / SS RM41
    Best Buy SM RM35 / SS RM38
    ---------- termasuk pos laju ----------
    ( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
    ( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy )

    Antara kesan positif Minyak Habbatus Sauda yang terbukti ialah :-
    • Anti-inflamasi - mengatasi masalah radang (kebengkakan) kerongkong / tenggorok.
    • Anti-arthritis - memulih sakit sendi-otot, sengal2 seluruh badan & masalah gaout.
    • Analgesik - membantu merawat sakit gigi & sakit kepala migraine.
    • Aktiviti horman - mengawal atur kitaran haid & memperbanyakkan pengeluaran susu ibu.
    • Antiseptik - merawat masalah penyakit kulit & menghilangkan bau mulut.
    • Antivirus -memulih demam & selesema.
    • Dermatologi - memulih masalah cela kulit spt jerawat, kulit berkeping, kering & kedutan.
    • Urinatry tract - mengatasi gangguan pd saluran kencing & buah pinggang.
    • Sistem kekebalan - meningkatkan daya tahan tubuh utk melawan & memulih dari penyakit.
    • Gastrointestinal tract - mengatasi masalah mabuk, cirit-birit, sembelit & pedih ulu hati.
    • Sistem sirkulasi - melancarkan kerja2 pengepaman darah oleh injap jantung, merawat penyakit stroke atau lumpuh separuh badan.
    • Nematocidal - membunuh parasit, kuman & cacing pita dlm perut.
    • Respiratory tract - melegakan saluran pernafasan (asma/lelah/batuk berkahak).
    • Anti-cancer - ikhtiar terbaik utk mencegah berlakunya penyakit kanser & menghalang penyebaran sel-sel kanser serta mengurangkan risiko keberulangan penyakit kanser.
    • Anti-histamine - pencegah alahan.
    • Anti-oksida - mencegah kerosakan sel.
    • Anchor-dilating effect - mengembang saluran pernafasan.
    • Penajagaan dalaman wanita - rawat fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat.
    • Tekanan darah - masalah darah rendah (thalassemia, anemia) atau darah tinggi.
    • Rendah libido / rangsangan tenaga batin - mengubati masalah mati pucuk, dingin seks & menambah ghairah seks.
    • Masalah mental & emosi - meningkatkan kecergasan minda & fokus. 
    Orang2 Amerika & Eropah juga telah mengamalkan Habataus Sauda’ (black cumin seed / nigella sativa) kerana mereka mengetahui khasiat & kebaikannya yg banyak. Oleh itu adalah sedih sekali ramai orang Islam masih kurang mengenali Habbatus Sauda ini. Masih ramai yg tidak mengetahui bahawa ianya menjadi amalan Baginda Nabi S.A.W. 

    Thank you for reading.. Like !
    4:19 PM

    rahsia biji habbatus sauda asli 100% natural black seeds - 1001 khasiat pemakanan sunnah rasul rawat segala jenis penyakit

    by , in
    Assalamualaikum.. hello pretty girls.. all you need is love, hugs & kisses..

    Setiap biji habbatus sauda yg berukuran kurang dari 3mm mengandungi lebih dari 100 sebatian kimia semulajadi yg memberi sumber asid lemak terlengkap utk keperluan & fungsi sel seisi tubuh, terutamanya menguatkan sistem daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit. Ia berupaya menambah kecergasan fizikal, mental & spiritual.

    200G -Biji Habbatus Sauda Sohra- Iran
    Normal Price SM RM25 / SS RM28
    Best Buy SM RM20 / SS RM23
    ---------- termasuk pos laju ----------
    ( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
    ( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy ) 

    Perihal Habbatus Sauda :-
    • Habbatus sauda kaya dgn monosacharide, glucose, xylose, polysaccharides, asid lemak tak tepu (iaitu tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah pemakanan asid amino yg akan membentuk protein karotene iaitu Vitamin A, Kalsium, Zat Besi & lain-lain).
    • Habbatus sauda dapat meancarkan perjalanan darah, menambah keupayaan seksual & menyembuhkan penyakit secara semulajadi.
    Oleh itu, dgn menguyah 3-7 biji habbatus sauda setiap hari sudah memadai utk anda menikmati segala khasiat & kebaikannya, amat digalakkan sebagai langkah penjagaan & rawatan kesihatan secara menyeluruh.
     

    Nak tahu keistimewaan lain habbatus sauda? Ye.. habbatus sauda boleh mengatasi kemalasan, menguatkan semangat & meningkatkan tahap spiritual.

    Selain itu, habbatus sauda digunakan utk meredakan masalah batuk, asthma, kencing manis, cirit-birit, sakit telinga, sakit mata, senak perut, keguguran rambut, sakit kepala, demam, tekanan darah tinggi, kemurungan, insomnia (susah tidur malam), kesakitan otot, loya & muntah, alahan kulit serta sakit gigi.

    Kajian saintifik membuktikan rahsia kelebihan sebatian kimia alami dlm Habbatus Sauda mampu bertindak menguatkan sistem imuninasi tubuh, anti-alahan, anti-ketumbuhan, anti-bakteria, anti-keradangan di samping merangsang antibiotik semulajadi.

    Thank you for reading.. Like !

    Post Top Ad

    Instagram Majestic Persona

    My Instagram