Post Top Ad

resepi detoks bakar kalori mudah sedap menyelerakan ciri ciri penyembuhan lada hitam bagus melancarkan sistem saraf


i love black pepper! lada hitam merupakan herba berempah pedas yg mempunyai nilai penyembuhan yg tinggi & berupaya menurunkan berat badan jika dijadikan amalan harian yg berterusan. u all tak perlu menggunakannya dlm kuantiti yg banyak, 10 biji sehari & berterusan akan menampakkan kesan yg memberangsangkan. ia melancarkan penghadaman makanan, membekal khasiat utk diserap oleh badan & merangsang mekanisma tubuh utk membakar kalori.

rasa & bau yg sebegitu tajam & menyengat adalah disebabkan oleh kewujudan komponen piperine di dlm lada hitam. ia merangsang sel penerima isyarat di dlm otak & juga sistem saraf. para pengkaji mendapati bahawa ia berkesan meningkatkan penghasilan tenaga dari makanan yg dihadam, bermakna lebih banyak kalori yg dibakar! perasan tak¿ bila kita makan makanan yg mengandungi lada hitam, badan kita lebih mudah berpeluh, kan¿ tu tandanya kalori sedang dibakar.. ok¿

lada hitam yg dikisar atau ditumbuk halus mempunyai nilai ekstrak & kesan yg lebih tinggi terhadap tubuh manusia berbanding lain-lain bentuk keluaran. maka, sediakan serbuk lada hitam di atas meja makan u all sebagai penambah perisa. pastikan sentiasa ada ^_^

Sekarang, i nak knogsi satu resepi detoks & bakar kalori yg sangat mudah, kos sangat murah & berkesan utk melangsingkan badan, melancarkan edaran darah, mengurangkan kepekatan darah, menambah tenaga..

Resepi Sambal Bilis Lada Hitam Pilihan Hati :-
Bahan-bahan :-
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 5-6 biji cili api (kalau nak berasap, nak lebih berapi, tambah sendiri..)
  • 1/2 sudu kecil lada hitam (jangan banyak sangat, kang tak bole telan pulak..)
  • ikan bilis (ikut suka, tapi jangan banyak sangat, agak2 la..)
  • 2 sudu besar minyak kelapa dara / minyak zaitun / minyak avocado
  • 1 sudu kecil cuka epal / kurma / anggur / delima (boleh ganti perahan limau nipis / lemon..)
  • 1 sudu kecil cuka epal / kurma / anggur / delima (boleh ganti perahan limau nipis / lemon..)
  • sedikit garam bukit pink
Cara Masak :-
  • tumbuk je seme bahan2 tu, tapi tak perlu lumat sangat
  • tumis guna virgin coconut oil / olive oil / avocado oil ye.. kalau tak de belasah je la minyak kelapa sawit tu.. asal bukan minyak kacang soya, ok¿..)
  • goreng sehingga garing ye
  • last sekali, masukkan cuka buah / perahan limau & garam bukit
  • hidang bersama nasi panas & ulam-ulaman pilihan anda... i love kacang botol.. terangkat yoep..!!!

begini lah hasilnya.. mengancam kan¿



Thank you for reading.. Be the first to LIKE & SHARE ! Vamos..

1 comment:

  1. resepi ni sesuai utk 'ibu dlm pantang'. jika anda alahan dgn ikan bilis, boleh tukar dgn ikan kembung rebus ye.. bagus ni.. dpt mengangatkan badan, mencegah kemasukan angin & memeliharan rahim.. insyallah..

    ReplyDelete

What Say You?

Post Top Ad

Instagram Majestic Persona

My Instagram