Follow My Instagram

serbuk biji anggur 100% organik natural grapeseed powder buang toksin sihat awet muda rawat pelbagai masalah kesihatan

Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

Serbuk Biji Anggur ini diperoleh dari biji-bijian anggur merah yg dipecah & diperhalus, mengandungi antioksida utama oligomeric proanthocyanides (OPC) pada kadar kepekatan antara 80% - 85%. Tahap kekuatan antioksida yg ada pada serbuk biji anggur adalah 50 kali ganda lebih kuat berbanding vitamin C & 20 kali ganda lebih kuat berbanding vitamin E.

40Sachets -Mixed Herbal Slimming Tea- Turkey
Normal Price SM RM48 / SS RM53
Best Buy SM RM45 / SS RM50
---------- termasuk pos laju ----------
( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy )
 
Bagaimana Oligomeric Proanthocyanides (OPC) Dlm Serbuk Biji Anggur Boleh Membantu Meningkatkan Tahap Kesihatan ?
  • OPC boleh mencegah berlakunya pengumpulan cholesterol lipo-protein (LDL = koleserol jahat) di dalam arteri (saluran darah). Semakin kurang pemendapan LDL pada dinding pembuluh darah, maka semakin kurang terjadinya risiko arteriosclerosis (penyakit2 yg timbul akibat penyempitan pembuluh darah terutamanya penyakit jantung). LDL akan berkurang & kembali ke paras normal untuk melancarkan fungsi sistem kardiovaskular, peredaran darah & aktiviti insulin (sejenis hormon dalam pankreas yg menurunkan tahap glukosa dalam darah, sekaligus mengelak dari risiko penyait kencing manis!).
  • OPC juga boleh melepasi melalui saluran darah pada otak & menyerap simptom-simptom radikal bebas (oksigen tak-stabil) yg tersimpan di dalam otak, seterusnya dapat mencegah serangan penyakit jantung - bermakna bertindak sebagai pelindung sel-sel otak!
  • Hingga kini, OPC masih digunakan secara meluas sebagai kaedah pencegahan & perawatan terhadap penyakit-penyakit yg berkaitan dengan jantung & hypertension (tekanan darah tinggi).
  • Selain itu, OPC boleh melindungi kolagen & serat-seratan elastik di dalam tisu-tisu penghubung kulit daripada pancaran UV (UV damage) - maka dapat melanjutkan keremajaan sel & melewatkan penuaan kulit.
  • OPC merupakan unsur flavonnoids paling penting - kombinasi bersama lain-lain unsur yg terkandung dalam serbuk biji anggur (seperti tannins, polyphenols, poly-unsaturated fatty acids & protein) dapat berkerjasama mengurangi keaktifan sel-sel kanser, melawan penyakit jantung & lain-lain masalah kesihatan akibat aktiviti oksidasi LDL pada pembuluh darah (seperti kecederaan sel, pengurangan daya penglihatan, kegemukan, sakit sendi & lan-lain).
Siapakah Yg Memerlukan Serbuk Biji Anggur Dlm Diet Pemakan Harian ?
  • (1) Individu yg mengalami kesukaran untuk menyah-toksin dari tubuh mereka. Toksin yg berlebihan tersimpan di dalam badan akan menimbulkan masalah cela pada kulit seperti jeragat, jerawat & kedutan.
  •  (2) Mereka yg mengalami masalah sembelit & buasir.
  • (3) Orang-orang yg kurang mengambil buah-buahan & sayur-sayuran tetapi sering mengambil makanan berdaging & berkolesterol tinggi.
  • (4) Orang dewasa & kanak-kanak yg mempunyai masalah gastro-intestine seperti ketidakhadaman makanan, kekembungan, pedih ulu hati, hilang selera makan, sakit perut & najis bercampur darah.
  • (5) Mereka yg menghidap penyakit kencing manis & mereka yg tinggi tahap kolesterol jahat (LDL) & triglyceride (sejenis lemak yg terdapat dalam saluran darah & tisu lemak).
  • (6) Individu yg mengalami masalah berat badan berlebihan.
  • (7) Mereka yg mengalami masalah keguguran rambut - sebatian procyanidin di dalam serbuk biji anggur mampu melebatkan rambut & membantu pertumbuhan rambut baru.
Cara Pengambilan Serbuk Biji Anggur ?
  • (1) Ambil 1/2 - 1 sudu kecil biji anggur, masukkan ke dalam sebarang minuman panas, kacau & minum. (Masa minum tu, kita kena kacau2 air dengan sudu sebab serbuk biji anggur akan terpendap di bahagian bawah cawan)
  • (2) Jika anda suka makan roti / biskut kering bersama jem / madu, boleh taburkan sedikit serbuk biji anggur ke atas roti berjem / bermadu tu, makan seperti biasa.
  • (3) Kemam air sikit, masukkan 1/2 sudu kecik ke dlm mulut, terus telan sekali dengan air. ala.. macam telan penadol tu.. (I amalkan cara ni..) 
  • Kandungan serbuk biji dalam tin ini ialah 250 gram. Dengan pengambilan sebanyak 1 sudu kecil setiap hari secara konsisten, ia boleh bertahan hampir 2 bulan! Insyallah..
Thank you for reading.. like !

sabun tanah liat dogaci pure clay soap atasi masalah jerawat blackheads whiteheads parut

Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

Pure Clay Apricot Olive Dogaci dirumus menggunakan 100% tanah liat mineral Mediterranean (atau dikenali sebagai Kaolin Clay), minyak kernel aprikot & minyak zaitun.

Sesuai digunakan untuk memelihara & memulih semua jenis masalah kulit termasuk kulit berminyak, berjerawat, kulit yg cenderung-cela (seperti whiteheads, blackheads, pori-pori terbuka, kesan matahari, bertompok hitam & berwarna tak sekata) serta disarankan untuk kulit jenis normal, sensitif (mudah radang), berparut, kering, berkerut & matang. Disahkan selamat (certified organic) untuk kegunaan kanak-kanak & bayi (terutama yg menghadapi masalah elergi peluh & ruam lampin).

60Capsules -Kapsul Biji Delima Avicenna- Turkey
Normal Price SM RM30 / SS RM33
Best Buy SM RM25 / SS RM28
---------- termasuk pos laju ----------
( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy )

Sabun Organik: Bebas-Kimia, Bebas-Lemak Haiwan, Bebas-Pewarna, Bebas-Pewangi
Bagaimana Dogaci Pure Clay Apricot Olive Soap boleh memberi manfaat kecantikan kulit & rambut ? 
  • Tanah liat dapat meresap ke dalam kulit, menyalurkan khasiat silica, iron, magnesium, potassium & sodium untuk menarik serta mengeluarkan tanda-tanda cela pada kulit tanpa mengganggu minyak & lembapan asli kulit. Kebolehannya menyerap lebihan minyak, debu, kotoran & sel-sel mati dapat melicinkan tekstur kulit, merepatkan pori-pori, mengimbang kadar asid-alkali kulit, menegang kulit, menghilangkan kesan cemar-peluh & elergi serta membantu menyingkirkan kesan-kesan cela lainnya.
  • Pure Clay Apricot Olive Soap mengandungi vitamin A-B-E untuk memberi kesan awet muda pada kulit, di samping menyamarkan tanda parut, kesan jeragat, melasma, tompok hitam & masalah ekzema, juga menyuburkan sel-sel kulit supaya kelihatan lebih segar berseri tanpa rasa cekang kekeringan. Sangat digalakkan untuk ibu-ibu bersalin dalam usaha memulih & mencerah tanda regangan (stretch marks), juga boleh mencerah kawasan hitam di celah peha, bawah lengan, siku & lutut.
  • Pure Clay Apricot Olive Soap (sabun tanah liat aprikot zaitun) boleh digunakan untuk mengatasi masalah anak-anak yg mengalami demam campak (chicken pox), di mana kandungan tanah liat dapat membasmi kuman & meredakan radang yg menimbulkan biji-biji kemerahan & kegatalan pada kulit. Penggunaan berterusan boleh menyamar tanda parut yg ditinggalkan oleh kesan chicken pox tersebut.
  • Pure Clay Apricot Olive Soap tanpa bahan kimia, mengandungi khasiat mineral & vitamin-vitamin penting untuk membersih rambut secara mendalam tanpa merosakkan struktur rambut. Ia membekal lembapan tambahan pada rambut, menguatkan folikel rambut, menghilangkan kelemumur, mengurangkan keguguran rambut & membantu melambatkan penuaan rambut (beruban sebelum waktu - kena amal dari muda ye..)
Tanah liat terbentuk hasil dari proses degredasi beransur-ansur batu-batuan mineral dalam bumi & masyarakat Mesir telah menggunakannya sejak sekian lama sebagai bantuan perubatan & kecemasan, juga sebagai bahan kosmetik & kecantikan.

Thank you for reading.. like !

buat sendiri skrub organik bebas kimia serbuk biji anggur minyak biji delima buang sel kulit mati

Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

nak comel..? maksudnya nak comel lebih dari biasa la.. sekarang kita semua memang dah comel2 belaka,kan? cuma kita mencari2 idea kreatif untuk menambah tahap kecomelan kita.. tak salah kan..? Maka, demi menambah kecomelan, I cuba buat sendiri skrub kecantikan organik ini untuk buang sel2 kulit mati pada bibir, muka & badan dengan cara yg selamat, tiada langsung bahan2 kimia berbahaya di dalamnya, & semestinya tiada kesan sampingan negatif yg boleh memudaratkan kulit.


 

Skrub organik kali ini dihasilkan hasil kombinasi serbuk biji anggur, minyak biji anggur, minyak biji delima & glycerin. Mungkin serbuk biji anggur belum terkenal seperti serbuk kopi atau serbuk habbatus sauda. Malah tak sepopular serbuk lada hitam atau serbuk asam boi (oooh! asam boi.. sedap dicicah dengan jambu batu, lebih2 lagi jambu yg berendam dalam ais!)

Sebenarnya serbuk biji anggur ni mempunyai nilai manfaat kesihatan yg tinggi tapi ramai di kalangan kita yg belum ambil tahu. Nanti la ye.. I cerita manfaat & kelebihan serbuk biji anggur dalam deskripsi produk (sebenarnya nak cite I ada jual serbuk biji anggur.. macam tak biasa plak..)

Sedia? Jom kita cuba! Bahan2 yg diperlukan ialah :-
  • 1 sudu kecil glycerin (find this at bakery supplies, quite cheap!)
  • beberapa titis Minyak Biji Anggur (cuba cari kat pasaraya, kalau tak jumpa, baru cari I )
  • beberapa titis Minyak Biji Delima (cuba cari kat pasaraya, kalau tak jumpa, baru cari I)
  • (sekadar pilihan) Jika anda suka, boleh masukkan sedikit madu.
Cara Buat ?
  • Masukkan satu persatu ke dalam mangkuk, kacau sebati, sedia digunakan.
Cara Guna ?
  • Basahkan bibir & muka.
  • Ambil ramuan & gosok-gosok ke bahagian yg berkenaan secara memutar. (gosok pelan2 tau.. bukan sental!)
  • Lepas tu bilas la, lap kering.
"Anda mungkin sangsi bahawa skrub yg super duper simple murah ini boleh menyaingi kesan kecantikan sebagaimana yg diberikan oleh skrub muka yg mahal2 yg terjual di pasaran.. percayalah.. tipah tak tipu.."

Kenapa saya pilih Minyak Biji Anggur ?
  • sebab minyak biji anggur mempunyai ciri2 astringent - boleh mengetatkan pori2, mengeton kulit, menyubur kulit & memulih kerosakan kulit. Sesuai untuk semua jenis kuit terutama yg berminyak & berjerawat. 
Kenapa saya pilih Minyak Biji Delima ?
  • sebab minyak biji delima kaya dengan anti-oksida - mengurang kesan parut, menganjal kulit, memperelok struktur kulit & menambah seri pada kulit. Minyak biji delima boleh diusap terus pada bibir untuk mencerah & memerahkan bibir secara otomatik! 
Kegunaan Serbuk Biji Anggur & Glycerin ?
  • Serbuk biji anggur membuang sel-sel kulit mati, membebas pori-pori kulit yg tersumbat oleh minyak & kotoran, menghaluskan pori-pori & menegangkan kulit. 
  • Glycerin bertindak sebagai humektan (pelembap semulajadi).
Thank you for reading.. like !

sabun aprikot dogaci pure apricot soap treats stretch marks & many skin disorders

Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses.. 

Dogaci Pure Apricot Soap (plus Olive Oil) dirumus dari 100% minyak kernel aprikot & minyak zaitun tulen, kaya dengan vitamin A-B-E-F untuk membersih, melembap, melembut, memulih & menyerlah kecantikan kulit supaya tampil lebih muda & cerah sekata. Ia tidak menyebabkan kesan pengelupasan, merengsa, kemerahan & kekeringan pada kulit.

Disyorkan sebagai sabun cucian muka, mandian badan & syampu rambut. Bersifat lembut & menyegarkan, sesuai utk semua jenis kulit & semua peringkat umur. Selamat digunakan pada kulit bayi yg lembut & sensitif senditif.
 
200G -Pure Apricot Soap (with olive) Dogaci- Turkey
Normal Price SM RM30 / SS RM33
Best Buy SM RM25 / SS RM28
---------- termasuk pos laju ----------
( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy )

 Sabun Organik: Bebas-Kimia, Bebas-Lemak Haiwan, Bebas-Pewarna, Bebas-Pewangi
Bagaimana Dogaci Pure Apricot Soap (with Olive Oil) boleh memberi manfaat kecantikan kulit & rambut ?
  • Minyak kernel aprikot merupakan top-grade cold-pressed oil yg mengandungi komponen linoleic acid yg tinggi, iaitu sejenis asid lemak perlu yg juga bersifat anti-rengsa yg kuat. Ia berkesan mengurangkan kemunculan kesan regangan (bagi ibu hamil), memudarkan kesan regangan (bagi ibu-ibu bersalin) & merawat tompok-tompok hitam pada kulit (akibat sering terdedah pada cahaya matahari).
  • Di samping itu, sabun ini bermanfaat untuk mengatasi kulit yg bengkak (iritasi), mengecutkan jerawat, membebaskan pori-pori kulit yg tersumbat, merawat kulit yg mengelupas & kemerahan serta boleh menyelesaikan masalah whiteheads & blackheads pada kulit.
  • Linoleic acid (dikenali sebagai vitamin F = vitamin kecantikan) juga penting sebagai pelindung dinding sel untuk mencegah kerosakan sel-sel dalaman & luaran serta mampu memelihara & mencegah kulit dari lain-lain masalah seperti dermatitis & eczema. 
  • Beta carotene (vitamin A) dalam minyak kernel aprikot berfungsi membuang sel-sel mati secara halus & mempercepatkan tindakan penggantian sel-sel kulit, di samping mencegah timbulnya jerawat, mengawet kulit & merawat jeragat.
  • Minyak kernel aprikot juga mengandungi vitamin B17 yg berguna untuk merawat pelbagai tanda cela pada kulit termasuk kesan terbakar matahari, kesan parut & warna kulit tak sekata.
  • Kombinasi kandungan vitamin A-B-E merangsang rejuvenasi sel-sel baru, mengimbang kadar lembapan & memberikan kesan glowing pd kulit.
  • Dogaci pure apricot soap (with olive oil) ini juga boleh digunakan sebagai syampu rambut untuk menghasilkan rambut yg lembut beralun (mudah diurus), menguatkan folikel rambut (mengurangkan rambut gugur) & menjaga kulit kepala (mengeringkan jerawat & menghilangkan kelemumur).
Cara guna Pure Apricot Soap (with Olive Oil) ?
  • Cucian muka:- Buihkan sabun pada tapak tangan, usapkan rata-rata ke seluruh wajah, biarkan 2-3 minit, kemudian bilas hingga bersih. Kalau nak cepat habis, sila buat sabun badan ye.. Boleh mencantikkan & menggebukan kulit badan sekali..
  • Cucian rambut:- Mandi seperti biasa, basahkan rambut & gosokkan sabun ke rambut sehingga keluar buih. Kemudian ratakan buih ke kulit kepala & rambut dari akar hingga ke hujung. Selepas itu, bilas sebersih-bersihnya. Rambut anda menjadi super bersih! Mungkin anda rasa rambut anda seperti kering untuk seketika, tapi beberapa jam selepas itu, rambut anda kembali normal. Jika inginkan rambut yg lebih sihat bermaya, sila urut dengan minyak asas yg sesuai seperti pure apricot oil untuk rambut biasa, grapeseed oil untuk rambut yg terlalu berminyak & sesame oil untuk rambut beruban.
Thank you for reading.. like !

lagi khasiat pati delima pomegranate concentrate buang angin asid lemak!

Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

Bismillah.. Alhamdulillah.. semakin hari hari semakin ramai yg mengenali & mengetahui akan khasiat & kebagusan pati delima ini. Malah semakin ramai juga yg sebelum ini mencari-cari pati delima, hingga akhirnya menemuinya di sini, kemudian suka pula mengambil tahu & ingin mengamalkannya. I ucapkan selamat mencuba kerana pati delima ini bakal memberi banyak manfaat kesihatan & kecantikan sebagaimana yg u all harapkan.. insyallah..

 
All-Time-Favorites! -4Botol Pati Delima Gulsan- Turkey
New Price! SM RM120 / SS RM140
BEST BUY! SM RM110 / SS RM130
---------- termasuk pos laju ----------

Jika u all nak tahu lebih mendalam macam mana pati delima boleh digunakan sebagai rawatan alternatif utk mengatasi masalah kesuburan wanita & masalah disfungsi ereksi lelaki (ye, selalunya berkesan!), sila lakukan carian maklumat di internet ini dari sumber-sumber antarabangsa & tempatan yang dipercayai.

Saya senaraikan sekali lagi secara ringkas & padat tentang fungsi & khasiat umum pati delima :-
  • lawas
  • buang angin, jangan terkejut bunyi kentut yg pelik-pelik (buang semua jenis angin!)
  • bakar kalori / lemak
  • menurunkan tekanan darah tinggi / kolesterol tinggi
  • utk lelaki / wanita - meningkatkan keupayaan libido (seksual) = SUPERB!
  • mengetatkan rahim (sambil meningkatkan pelinciran semulajadi, menjadikan hubungan intim lebih selesa & mesra)
  • 100% dapat mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
  • melancar aliran darah
  • memperelok perjalanan haid
  • mengempiskan perut 
  • mengeluarkan peluh / toksin / angin
  • melegakan sakit kepala
  • sangat bermanfaat untuk ibu-ibu hamil - mengatasi masalah morning sickness, menambah paras hemoglobin & mengurangkan kelesuan.
Thank you for reading.. like !

sabun zaitun laurel asli pakdefne pure olive laurel soap melembap rawat jerawat anti bakteria sesuai bayi remaja kulit sensitif

Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

Alhamdulillah.. Sukacita.. memperkenalkan sabun kecantikan organik Pakdefne dari Turkey, rumusan 100% minyak laurel (bay leaves / daun salam) & minyak zaitun semulajadi. Sabun ini membersih kulit wajah & badan dengan lembut tanpa mengeringkan kulit, tidak menyebabkan rekahan & tidak meninggalkan sebarang kesan radang atau rengsa pada kulit.

Selamat digunakan pada semua peringkat umur termasuk kulit bayi yg lembut & sensitif, di mana ia boleh menghapus bakteria yg mengakibatkan ruam, kemerahan & gatal-gatal pada kulit bayi & seterusnya memelihara keindahan kulit bayi.
 
200G -Pure Laurel Olive Soap Pakdefne- Turkey
Normal Price SM RM30 / SS RM33
Best Buy SM RM25 / SS RM28
---------- termasuk pos laju ----------
( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy )
Sabun Organik: Bebas-Kimia, Bebas-Lemak Haiwan, Bebas-Pewarna, Bebas-Pewangi
Bagaimana Pure Laurel Olive Soap boleh mencantikkan kulit ? 
  • Antioksida hydroxytyrosol (dalam minyak zaitun) membantu sel-sel kulit supaya mampu menyembuh dengan sendiri dari kesan melecet, lelasan, ruam, kesan terbakar matahari & pecemaran alam serta merawat masalah bintik-bintik hitam & jeragat.
  • Vitamin E & asid lemak dalam kedua-dua minyak ini mampu menyerlahkan kulit yg lebih sihat, anjal & bertenaga serta melewatkan kemunculan garis-garis halus & kedutan awal. Kulit kelihatan lebih segar!
  • Sabun ini tidak berminyak & tidak menyumbat pori-pori, menjadikannya pilihan terbaik untuk mengeringkan jerawat (tanpa mengeringkan kulit). Insyallah sesuai untuk kulit berminyak, balckheads, whiteheades & lain-lain masalah kulit seperti eczema & psoriasis.
  • Secara medikal, minyak zaitun bersifat anti-rengsa, sesuai untuk penjagaan & rawatan kecantikan bagi mereka yg mempunyai kulit yg sensitif & iritasi, kulit matang, kulit yg sangat kering & berjeragat,.
  • Minyak laurel pula merupakan bahan semulajadi & bersifat anti-bakteria yg membantu mencuci kulit secara mendalam, menghapus bakteria & menghalang jangkitan pada kulit.
  • Sabun minyak laurel-zaitun ini mengandungi unsur beta-carotene & kombinasi linolenic, alpha-linolenic & oleic acid yg membantu kulit menghasilkan prostaglandins untuk merangsang pertumbuhan sel-sel baru, menjadikan kulit anda berpelembapan semulajadi, menghilangkan keriput halus, memudar kesan parut lama & baru, mengetat pori-pori serta menyeragam warna kulit.
  • Menggalakkan penampilan kulit yg segar berseri & ceria!
  • Minyak zaitun mengandungi squalane. Manakala, kelenjar sebum dalam kulit kita pula menghasilkan squalene. Gabungan kerjasama squalane & squalene ini dapat menghalang kejadian pengoksidaan minyak asli yg ada pada kulit supaya kejadian penyusutan sel-sel dapat dielakkan pada pertengahan usia.
Bagaimana Pure Laurel Olive Soap boleh mencantikkan rambut ?
  • Menurut kajian Dr. Ally Ehrlich M.D, masyarakat Timur Tengah sudah sekian lama menggunakan minyak laurel sbagai masker rambut untuk menguatkan akar rambut, menyubur & memberi sinar pada rambut mereka.
  • Laurel oil memiliki ciri-ciri antiseptik, pembasmi-kuman & pembersihan-mendalam untuk menyerap & membuang lebihan minyak, debu & kotoran pada kulit kepala.
  • Menghapuskan kulat & kelemumur pada kulit kepala.
  • Sabun ini bertindak seperti balsam semulajadi untuk menguatkan folikel rambut, mencegah rambut gugur & menambah ketebalan rambut.
  • Menyihatkan rambut & membuatkan rambut kelihatan lebih beralun serta mudah diurus.
Cara guna Pure Laurel Olive Soap ?

Cucian muka :-
  • Buihkan sabun pada tapak tangan, usapkan rata-rata ke seluruh wajah, biarkan 2-3 minit, kemudian bilas hingga bersih. Kalau nak cepat habis, sila buat sabun badan ye.. Boleh mencantikkan & menggebukan kulit badan sekali..
Cucian rambut :-
  • Mandi seperti biasa, basahkan rambut & gosokkan sabun ke rambut sehingga keluar buih.
  • Kemudian ratakan buih ke kulit kepala & rambut dari akar hingga ke hujung. Selepas itu, bilas sebersih-bersihnya.
  • Rambut anda menjadi super bersih! Mungkin anda rasa rambut anda seperti kering untuk seketika, tapi beberapa jam selepas itu, rambut anda kembali normal.
  • Jika inginkan rambut yg lebih sihat bermaya, sila urut dengan minyak asas yg sesuai seperti pure apricot oil untuk rambut biasa, grapeseed oil untuk rambut yg terlalu berminyak & sesame oil untuk rambut beruban.
Pure Laurel Olive Soap Pakdefne dihasilkan menggunakan pati minyak laurel & minyak zaitun 100% tulen - maka sesuai untuk basuhan tangan (boleh diletak kat sinki dapur ye, untuk cuci tangan lepas cuci pinggan), untuk mandian & cucian muka, juga untuk bersyampu, bahkan digalakkan untuk mandian bayi ! 

Thank you for reading.. Like !

sang suami yang skeptikal sabun ketul jadi syampu rambut?

Assalamualaikum.. hello pretty girls.. all you need is love, hugs & kisses..

Sebelum berceloteh, I nak petik kata-kata azimat seorang pengusaha sabun dari minyak laurel-zaitun berbangsa Eropah:-
It's super duper gentle, non-greasy, chemical & preservative free, coloring-free, fragrance-free, 100% biodegradable & 100% natural! 100% safe on skin & hair, even on baby's most sensitive skin!

Sekarang nak cite pasal.. cari pasal dengan my dearest husband!

My hubby memang suka bab2 syampu rambut ni sebab dia bukan saje ada masalah kelemumur & rambut gugur (me too!..), tambah pelik atas kepala pun banyak jerawat tau! besar2 plak tu.. selalunya dia mesti meng-adoi masa sikat rambut sebab sikat terkena jerawatnya yg besar2 tu.. eiii.. boring tul bila dengar dia cakap 'ouch!' 'adoi' 'mak!'.. sikat rambut pun panggil 'mak' ke?.. yo lah anak mak..

hmmmm.. at least, for me, selamat jugak la jerawat atas kepala kan? macam I ni plak jerawat naik tang muka, susah nak cover.. lebih2 lagi bila ter'over' makan budu & belacan & tempoyak & udang & sotong &..banyaklagi.. hatta makan badam pun naik jerawat jugak.. uhuk!

sejak dulu lagi my hubby suka pakai syampu sebamed (sejak zaman bercinta la.. tu pun I yg suggest).. "edi cuba la sebamed plak, bagus syampu tu".. maka, edi pun beli la syampu sebamed.. sampai kawen, sampai dapat anak, dia dok pakai sebamed tu.. (masa bercinta panggil nama je.. lepas kawen panggil anja.. auww!) selang beberapa tahun dia tukar regan plak, last sekali bulan lepas dia beli syampu dove.. hape!? dove?.. katanya nak cuba je sebab rambut masih gugur, berkelemumur & kepala masih berjerawat..

hmmm.. sejak 2 bulan lepas I suggest dia cuba sabun laurel-olive oil (masa tu ada brand softem je.. belum ada dogaci / pakdefne ni) tapi degil! dia cakap sabun ketul mana boleh buat cuci rambut nanti habis botak pale dia.. masyallah.. I tell him, this soap is purely made, natural, organik!.. tak de kimia.. pakai minyak asli.. bla bla bla bla.. cuba anja baca label syampu yg anja beli tu? berbaris2 senarai bahan chemical.. tak perasan ke? penat jugak la membebel..tak pe hobi..

nak jadi cite, bulan lepas dia tegur.. "nape rambut ayang makin lebat ni, tak banyak gugur dah? tak de kelemumur? I jawab "haah!" dia tanya lagi "ayang pakai sabun ketul tu eik?" I jawab "haah!"

pastu baru dia sibuk pakai sabun ketul pure laurel-olive oil soap yg I suggest tu.. then he believes me.. sbb jerawat kat pale dia dah hilang, kelemumur pun dah kurang.. akhirnya yg best sekali dia ngaku rambut dah kurang gugur.. w/pun pale dia dah separuh botak, sekurang2nya yg separuh lg boleh diselamatkan..


Sekarang nak tau apa yg berlaku? sang suami yg skeptikal tu dah pakai pure laurel-olive oil soap buat cuci muka & badan & rambutnya sekali ..puas hati la tu.. dia sudah lupakan pencuci muka eversoft-nya & syampu dove-nya..

Thank you for reading.. Like !

sabun dogaci pakdefne apricot clay laurel olive soap rawatan kecantikan kulit muka badan rambut

Assalamualaikum.. hello pretty girls.. all you need is love, hugs & kisses.

Saya nak umumkan akan kemasukan produk sabun kecantikan organik yg diimpot dari Turkey, kualiti antarabangsa, di bawah jenama Dogaci & Pakdefne. Diakui oleh sebahagian besar pengguna-pengguna wanita & lelaki Eropah, pengusaha klinik kecantikan & pusat spa terkemuka.

 

Sabun-sabun organik ini tidak mengandungi bahan kimia, diproses secara cold-pressed, menggunakan bahan-bahan semulajadi & minyak-minyak asas yg terbukti memberi kecantikan pada kulit seperti minyak zaitun, minyak laurel (daun salam) & minyak kernel aprikot.

Pakar kecantikan antarabangsa ini tidak teragak-agak mengesyorkan sabun-sabun organik ini digunakan tanpa was-was untuk merawat semua jenis masalah kulit & disyorkan untuk kegunaan kulit bayi yg sensitif?!

& lagi.. mereka juga mencadangkan sabun-sabun organik ini dijadikan sebagai syampu untuk merawat & mencegah keguguran rambut kerana fungsi minyak-minyak asas tersebut mampu menguatkan akar rambut, memberi lembapan & melebatkan rambut serta menghilangkan masalah kelemumur!

Satu ketika dulu I pernah jual sabun Al-Mishkat & Al-Wazeer dari Syria, ramai yg menggemarinya. Setelah kehabisan stok, kelihatan para pengguna masih setia menunggu sabun-sabun tersebut walaupun I bawa masuk sabun-sabun baru.

 

Maka, Sabtu ini, I akan bawakan pengganti terbaik kepada sabun Al-Mishkat & Al-Wazeer.. percayalah.. yg terbaik punya.. anda pasti suka.. insyallah..

Nantikan kedatangannya pd hari sabtu ini (19-march-2011). Insyallah..

Sekian.. Wassalam.. Terimakasih..

Thank you for reading.. Like !

krim awet muda aprikot dogaci pure apricot under eye & face cream kulit anjal berseri halus lembut muda

Assalamualaiukm.. hello pretty girls.. all you need is love, hugs & kisses..

Dogaci Pure Apricot Under Eye & Face Cream ini dirumus dari 100% ekstrak kernel aprikot, diproses secara tekanan-sejuk (iaitu tidak melibatkan pemanasan haba), maka segala khasiat & vitamin serta garam galiannya kekal terpelihara, menjanjikan hasil kecantikan sebagaimana yg diperkatakan & terbukti! Ekstrak kernel aprikot ini kaya dengan gamma linoleic acid (GLA - sejenis essential fatty acids omega-6) yg berfungsi melembap & mengekalkan keanjalan kulit.

 
50ml - Apricot Under Eye & Face Cream Dogaci - Turkey
Normal Price SM RM38 / SS RM41
Best Buy SM RM35 / SS RM38
---------- termasuk pos laju ----------
( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy )

Ia merupakan krim perawatan kecantikan, penyubur, pelembap & penegang dalam satu bekas! - bertindak memperbaharui sel-sel kulit, menangguh kesan penuaan awal, melembap kulit tanpa kesan berminyak, di samping menegang & mengetatkan pori-pori kulit. Ia mensekatakan warna kulit, menyamar kesan parut & menjadikan kulit anda kelihatan kemilau berseri tanpa kesan berminyak.


Dogaci Pure Apricot Under Eye & Face Cream ini juga boleh digunakan sebagai alas solekan (menjadikan solekan anda lebih melekap & tahan lama), bersifat anti-radang utk merawat masalah minor pada kulit seperti kesan matahari, kulit melepuh terkena api atau air panas, luka kecil & ekzema.

Bagaimana Pure Apricot Under Eye & Face Cream memberi manfaat pd semua jenis kulit ?
  • Krim ini bertekstur ringan, mudah meresap ke dalm kulit untuk mengimbangkan kadar lembapan yg serasi mengikut jenis kulit.
  • Tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit - anda selesa memakainya sepanjang hari.
  • Satu-satunya minyak asas yg mengandungi vitamin F (vitamin kecantikan) sebagai pemangkin keindahan kulit, berupaya memulih masalah jerawat, kulit cedera & sensitif serta menampilkan kulit yg halus & gebu (kesannya sama seperti biotin).
  • Vitamin F juga boleh menjaga kulit dari ditumbuhi jerawat baru & mencegah lain-lain penyakit kulit.
  • Kandungan asid lemak & vitamin A yg tinggi berupaya merawat masalah kulit yg kering & sensitif, yg mengalami irtasi kemerahan, kulit yg sedang matang serta kulit yg mengalami kerokan akibat cahaya matahari, kesan pencemaran & toksik.
  • Membantu mengekalkan keanjalan, kecerahan & kelembutan kulit bagi wanita yg melepasi usia dua-puluhan hingga wanita dalam lingkungan tiga-puluhan. Maka, sangat digalakkan utk menggunakan krim ini bermula usia 25 tahun. Jaga dari awal, lebih bagus kan?
  • Menghilangkan kesan regangan (stretch marks) selepas proses kehamilan yg panjang. Urut perlahan-lahan ke perut, punggung & peha. Untuk mencegah atau mengurangkan kesan regangan, seeloknya amalkan krim ini setiap hari sewaktu hamil selepas kandungan memasuki empat bulan.
Cara Guna Dogaci Pure Apricot Under Eye & Face Cream :-
  • Untuk kegunaan siang & malam. 
  • Selepas cuci muka & pakai penyegar, usapkan krim ini rata-rata secara perlahan-lahan ke seluruh wajah anda. Pastikan krim meresap sepenuhnya ke dalam kulit supaya tindakan pembaharuan sel-sel kulit melalui bahan-bahan semulajadi ini dapat berfungsi sebaiknya. 
  • Kegunaan pada waktu pagi / siang, perlu ditambah dengan penggunaan sunblock yg bersesuaian dengan cuaca negara kita (the higher the SPF always the better ye.. ok?)
 

Kandungan Dogaci Pure Apricot Under Eye & Face Cream bebas-kimia, bebas-racun, bebas-logam, bebas-hidrokuinon, bebas-lemak haiwan - semestinya halal, bersih & bermutu antarabangsa, dipercayai sejak sekian lama oleh masyarakat Eropah. Selamat untuk kegunaan harian. Kesan dapat dilihat seawal 3 minggu penggunaan - bergantung pada tahap keseriusan masalah kulit. Jika jeragat tebal, kesan pemulihan dapat dilihat dlm masa 3 bulan atau kurang. Insyallah..

Thank you for reading.. Like !

penangan secawan white coffee 2bModel boleh kurus? biar betul?

assalamualaikum.. hello pretty girls..

hmmmm.. i dah serik u.. lain kali, kalau planning nak jalan-jalan cari makan ke mana-mana restoren atau kedai makan, i tak kan minum kopi ni lagi! sebab apa?

 
(flashback.. peristiwa ini berlaku somewhere in July 2011..)
  
(flashback.. peristiwa ini berlaku somewhere in July 2011..)

tengahari semalam was the first time i drink a cup of 2bModel white coffee, iaitu setengah jam sebelum ke kedai makan near by. sampai saja di kedai tersebut, i terus order my favorite mee goreng udang. anak-anak pula pesan makanan kegemaran mereka. pada awalnya i'm sooo teruja! tiba-tiba!..?..

selepas mee goreng udang istimewa yg masih berasap-asap terhidang di depanmata, i feel something else.. terkelip-kelip mata.. aaargghhhhh!! macam mana i nak makan ni? i rasa tersangat la kenyang nye! TAK LAPAR langsung! tapi.. kenapa i tiba-tiba rasa kenyang? sedangkan sebelum bergerak tadi, my perut merayu-rayu mintak makan.. hhhmmmm.. then baru i teringat akan cawan kosong yg tinggal sisa2 buih saja. i rasa sangat kenyang lepas minum secawan kopi putih 2bModel setengah jam sebelumnya.

patut la.. logik la.. orang boleh kurus dengan secawan kopi putih 2bModel ni.. kan? MasyaAllah.. sungguh mengenyangkan! ye la kan.. kalau kita saja2 lepak kat rumah, tak pe lah nak minum bercawan2 kopi putih 2bModel ni.. tapi kalau rasa nak bergembira di kedai makan, elok lah lupakan sementara kopi putih 2bModel tu.. apa cer???.. orang lain seronok menjamu selera sementara kita hanya memandang saja.. dapat suap 5sudu je, selebihnya tak boleh nak telan..

jadi, kesimpulannya.. dgn meminum scawan kopi putih 2bModel membantu mengurangkan selera makan, rasa kenyang, sekaligus dapat elak dari terlebih makan. sementelah pulak, beberapa jam selepas itu, dgn rela hati ke toilet & melepaskan selambak bahan buangan tanpa berhempas-pulas.. ngee..

u all nak cuba? sila dapatkan produk 2bModel ni di salon2 atau kiosk kecantikan berhampiran.. dulu I jual juga tapi sekarang dah stop sebab i rasa adalah lebih elok jika i kurangkan pengambilan minuman berkafein apabila usia semakin meningkat remaja ni.. ngeh! bukan berhenti terus ye, tapi kurangkan saje..

lagipun sekarang i nak putih-putihkan kulit dengan pil pencerah kulit berasaskan glutathione, maka lebih elok kurangkan minuman berkefein kan..? maka, zaman mutakhir ini, i lebihkan minuman berprotein tinggi, kalsium tinggi, vitamin-C tinggi, potassium tinggi..

Thank you for reading.. Be the first to like !

teh hijau organik 100% pure ceylon green tea bakar lemak kaya anti-oksida melewat proses penuaan

Assalamualaikum.. hello pretty girls.. all you need is love, hugs & kisses.. 

Manfaat umum teh hijau:- Kajian demi kajian mutakhir ini menunjukkan bukti bahawa teh hijau bukan sekadar penghilang dahaga sama seperti air masak, malah ia membekalkan nutrien & antioksida padat yg boleh melindung tubuh dari pelbagai jenis penyakit seperti kanser, masalah jantung, angin ahmar, jangkitan virus & lain-lain.

 
50Sachets -Pure Green Tea Alokozay / Alwazah- Turkey
Normal Price SM RM40 / SS RM38
Best Buy SM RM35 / SS RM38
---------- termasuk pos laju ----------
( ruju ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer Terkini )
( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy )

Manfaat & Kelebihan Teh Hijau :-

Teh Hijau - Bakar Lemak :-
  • Makanan (termasuk gula & lemak) akan disintesis di dlm paru-paru & usus kecil ke bentuk triglycerides. Kemudian triglycerides ini dibawa melalui saluran darah ke lain-lain bahagian tisu dlm badan utk menjadi sumber tenaga. Maka unsur triglycerides ini amat diperlukan oleh tubuh utk menyokong aktiviti fizikal manusia.
  • Masalah timbul apabila berlaku lebihan triglycerides yg tidak sempat diproses sepenuhnya, akan disimpan sebagai lemak yg secara perlahan-lahan akan menebal & menyalut saluran darah, yg akhirnya meningkatkan risiko pengerasan arteri, tekanan darah tinggi, kegemukan, diabetes, letih berpanjangan & lain-lain penyakit kronik.
  • Teh hijau mengandungi sejenis polyphenol, iaitu catechin pada kadar yg cukup tinggi; tugasnya ialah mengaktifkan fungsi enzim-enzim tertentu dlm tubuh utk melarutkan lebihan triglycerides tadi.
  • Selain itu, teh hijau juga kaya dengan pigallocate gallate (EGCG), sejenis antioxidant yg berfungsi merangsang sistem metabolisma tubuh & mempercepatkan proses penurunan berat badan.
  • Gabungan EGCG & caffeine dlm teh hijau akan merangsang sistem saraf pusat & menguraikan lemak-lemak yg tersimpan ke saluran darah utk kegunaan tubuh manusia sebagai tenaga. Proses penukaran lemak menjadi tenaga ini dipanggil 'thermogenesis' ~ iaitu membekal tenaga ekstra, mengeluarkan air yg terbendung & juga membantu membakar kalori & lemak dalam tubuh.
  • EGCG memberikan perlindungan tambahan terhadap sel-sel dalaman - memelihara sel-sel payu dara, perut, kulit, prostat & serviks dari serangan kanser.
  • Kandungan caffeine dlm teh hijau berada pada kadar sederhana berbanding dengan caffeine yang terdapat dalam kopi & teh biasa. Maka anda boleh menikmati minuman teh hijau sepanjang hari & ia dijamin tidak memberi kesan yg memudaratkan pada tubuh anda.
  • Selain membantu mebakar lemak & merangsang fungsi metabolisma, teh hijau juga dipercayai sebagai agen pemakanan & boleh menghalang penyerapan lemak pada makanan, 
Teh Hijau - Penenang Semulajadi :-
  • Teh hijau mengandungi theanine, iaitu sejenis komponen penenang semulajadi yg membantu menggalakkan mood ceria & meningkatkan tahap produktiviti & daya konsentrasi. 
Teh Hijau - Kawal Insulin Darah :-
  • Teh hijau membantu proses metabolisma karbohidrat secara perlahan-lahan supaya dapat mengelak berlakunya peningkatan paras insulin darah secara mendadak, secara tak langsung dapat mengelak kejadian tekanan darah rendah & tekanan darah tinggi secara mengejut. Aktiviti ini jga menggalakkan pembakaran lemak dengan lebih sempurna. 
Teh Hijau - Pemakanan Kesihatan Yang Digemari :-
  • Teh hijau membantu menurunkan paras gula dalam darah, mengatasi masalah tekanan darah tinggi & meningkatkan kadar kolesterol baik dalam badan. Aktiviti ini dapat mengurangkan risiko penggumpalan darah, masalah angin, penyakit hati & serangan jantung
  • Teh hijau dapat mencegah penyakit sengal-sengal sendi (akibat lebihan asid urik), di mana asid ini akan dikeluarkan melalui saluran perkumuhan & perpeluhan
  • Teh hijau berguna utk menentang jangkitan kuman & membunuh parasit dalam badan. Teh hijau membantu menguatkan gigi, mencegah pereputan & kerosakan gigi.
  • Teh hijau sudah diketahui umum sebagai produk semulajadi yg boleh melambatkan proses penuaan (kerana kandungan antioksida yg tinggi).
Teh hijau mudah diserap oleh tubuh & pengambilan secara sederhana yg berterusan akan memberikan anda semua manfaat-manfaat positif, ringkasnya :- 
- meningkatkan sistem metabolisma - 
- menambah tenaga -
- menguatkan daya tahan tubuh -
- mencantikkan & memudakan kulit -
- meningkatkan fungsi mental & daya tumpu -
- melambatkan proses penuaan -
- memelihara keelokan sel-sel tubuh -
- membakar kalori -
- mengawal paras gula dalam darah -
- mengurangkan selera makan -

Thank you for reading.. Like !

 

Ancient Minerals Anti-Stress Toner

Aura Beauty Booster
Ancient Minerals

Sulfur Perfecting Essence


Day Moisturizer
MSM Sulfur

Miracle beauty Fluid


Sleeping Beauty Aromatherapy
Total Cell Renewal

Sunblock Blemish Mousse


Daily Skin Protector
SPF35 Sunblock

Lip Cheek Balm

Holistic Skin Healer
Glossy Effect
LIP CHEEK BALM

Popular Posts