jom detoks lagi dengan lobak merah tampil lebih menarik kulit segar berseri boleh kurus juga tau!

Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

u all tentu suka cerita pasal kulit sihat, putih & cantik kan? ye la.. kita ni perempuan.. kena la lebih prihatin bab-bab sihat putih cantik ni.. utk suami tercinta jugak kan?.. i pun suke.. hehe.. kalau u all nak nampak makin comel menawan, maksudnya kulit lebih cantik berseri, apa kata u all kunyah je lobak merah atau carrot setiap hari. Kita rujuk balik pemerhatian saintis, dorang cakap lelaki & perempuan yg berkulit putih bersih berseri nampak lebih menarik & sihat berbanding yg sebaliknya. i setuju la tu.. 

image source: google
 

hah??! Makan lobak merah boleh jadi putih ke? Patut la si arnab tu putih melepak ye..? huhu.. lawak kurang cerdik.. Sebagaimana yg u all tahu, dalam lobak merah tu, ada sejeinis pigmen, dinamakan karotenoid (bila masuk dalam badan dia bertukar jadi vitamin A), itu la yg berfungsi menghasilkan kulit yg segar, awet muda, indah berseri. Itu semua hasil dari kajian perubatan & pemakanan ye.. Tambahan lagi, dengan memakan lobak merah mentah-mentah atau minum segelas jus lobak merah, ia boleh mengeluarkan sisa toksin yg melekat pada dinding usus. Kerja detoks ini amat penting utk melancarkan proses menurunkan berat badan. Kepada u all yg terlebih berat badan, bawa-bawalah berdetoks dengan lobak merah..

image source: google
 

Utk pengetahuan am u all, i memang sangat-sangat-sangat suka makan lobak merah, i potong halus-halus, makan macam tu je, sedap ya Rabbi.. Lobak merah ni rangup & rasanya manis semulajadi (macam la u all tak tau..) Apa pun, cubalah makan lobak merah atau minum segelas jus lobak merah setiap hari selama 2 bulan tanpa-putus & u all akan dapat rasai hasil yg menggembirakan. Selain tu, tahap kesihatan juga menjadi bertambah baik. Elok la tu.. Sihat & Cantik itu seiring..

Thank you for reading.. Like !

petua naikkan seri wajah di pagi hari mudah murah berkesan yg penting mulakan dengan bimillah salawat niat

assalamualaikum.. hello pretty face..

petua ni i dah amalkan sejak i berhenti kerja. mungkin ramai yg dah tahu & amalkannya. i cuma nak bagitau kat sape-sape yg belum tahu la kan? yg dah tau tu, tak pe la, anggap je u tengok siaran ulangan.

bila kita sebut pasal petua, ia bersifat semulajadi. benda-benda semulajadi ni tak de campuran bahan kimia, maka jangan harapkan kesan sepantas kilat atau secepat esok-lusa. walaubagaimanapun u all jangan putus asa kerana setiap usaha yg dimulakan dengan Bismillah & Salawat akan mendapat perhatian dari Tuhan Semesta Alam Yang Maha Berseri Yang Limpahan Cahaya-Nya memadam semua kekusaman wajah & jiwa anak adam.. sekian..

 
I rendam 1 sachet green tea ke dalam 1 teko ni.. utk diminum sepanjang hari ye, bukan habis sekali gus!

apa yg u all perlu ada hanyalah stok green tea atau teh hijau organik (pilih yg asli tau.. bukan yg pre-campuran macam-macam cakadak tu - kacip fatimah, tongkat ali, pueraria mirifica, augusti folia atau lain-lain herba yg susah nak sebut). 100% green tea ye.. ok? kalo u all nak minum teh herba campuran tu u all punya suka la kan.. tapi utk petua naikkan seri wajah, disarankan guna green tea 100% tanpa campuran.. cakap banyak eik mak cik yatt ni.. macam la u all tak paham-paham kan..

ok! apa yg u all kena buat ialah ambil 1 sachet teh hijau, rendam dlm air panas, biarkan selama 10-30 minit atau hingga suam. (kadang-kadang i terendam sampai ke tahap suhu bilik, kadang-kadang terendam dari pagi terus sampai ke malam..) kemudian u all minum airnya, elok utk cuci usus, bakar kalori, menambah tenaga, menahan rasa lapar, mudah membuang, melangsingkan badan & macam-macam lagi. cuba rajinkan diri meng-google pasal kebaikan green tea ni - u all akan jumpa banyak manfaat utk kesihatan & kecantikan.

 
kopek sachet tu, keluarkan hampas teh tu ye.. terimakasih..

apa yg u all kena buat seterusnya? haha..! u all jangan membazir.. ramai orang dengan selambanya mem-bakul-sampahkan sachet gree tea tadi. sebenarnya hampas teh hijau tu sangat berguna tau! u all cuci dulu muka bersih-bersih, lepas tu kopek sachet, keluarkan hampasnya, kemudian basahkan dengan sedikit air. baca bismilllah, salawat 3x berserta niat.. lepas tu skrubkan ke muka perlahan-lahan, biarkan hampas tu bertempek di muka selama beberapa minit, kemudian bilas bersih-bersih. amalkan setiap pagi utk mendapat hasil kulit wajah yg awet muda, kelihatan berseri..

 
green tea vanilla.

ok? oh lagi 1, boleh gosokkan hampas teh hijau tadi ke bibir & payu dara utk hilangkan kesan kehitaman, lebam atau tanda pigmentatsi.. amalkan selalu ye.. hampas teh yg tak habis boleh disimpan dalam peti ais, kalau banyak berlebihan, u buat skrub satu badan, gosok tang ketiak, segala pelipat & celah-celah yg berkenaan.. selamat mencuba.. terimakasih..

Thank you for reading.. Be the first to like !

u all ingat senang ke nak kurus? haah! memang senang pun..

assalamualaikum.. hello pretty face..

 

need my tips on losing weight? follow me..

(1) TARGET! set matlamat, nak turun berapa kg 1bulan? mulakan dgn angka yg kecil ye.. let say nak turun 1kg 1bulan. no target? ohh! please.. set target.. that's true..

(2) AZAM! tak de kekuatan, azam & semangat, tak jalan.. kalau jalan pun mungkin separuh jalan.. trust me on this..

(3) USAHA! + jaga makan + senam + ambil makanan yg membantu.. macam2 ada.

(4) PERCAYA! mesti percaya yg u all boleh langsing.. selalu bayangkan diri u all sedang langisng, sedang bergaya dgn pakaian yg u all idam-idamkan.. tok sah dok bayang diri u all yg montel.. if your mind believes, nothing will stop u! u go girl!

Note:- tips tambahan.. don't forget PROTEIN supplement. it keeps u slim without losing your muscles..

Note:- last but not least.. believe me when i tell u that MEDITATES helps a lot.. do your meditation every morning about 10 minutes, enough.. u will get full supply of oxygen to get u going..

Thank you for reading.. Be the first to like !

si putih kuning yg mana satu idaman kalbu? ooh!

assalamualaikum.. hello pretty face..

sebenarnya sikap pilih kasih terhadap telur ayam ni dah jadi perkara biasa dlm my family. i'm not quite excited nak rebus telur atau goreng telur mata lembu / kerbau (erk! nape tak panggil telur mata ayam eik? bukankah telur itu hak milik terpelihara cik yam?)

suami & anak-anak i suka makan yg putih je, yg kuning selalu terbiar & terbuang. kalau telur goreng, ok lagi, sedap rasanya, i boleh tolong habiskan. kalau yg rebus tu?.. tolong la.. muak mak cik yam oii! tergolek-golek je le dlm mangkuk sampai berjam-jam, sampai semut datang bertandang.. lastly i throw away bagi kucing liar kat belakang rumah.. kriookk! buka tingkap.. nah! ambek ko! gedebuk gedebak berbiji-biji telur kuning melompat-lompat kuar dari tingkap dapur.. nasib baik ada kucing liar dok serbu!..rezeki ko la kucing..

 

telur ayam banyak sumber protein berkualiti tinggi. tapi ramai yg tak berapa pentingkan bahagian kuning.. padahal yg kuning tu la lebih banyak khasiat & zat.. ada vitamin, garam-galian & anti-oksida (letein). sebenarnya bahagian telur kuning tu ada lebih dari 90% sumber calcium, iron, thiamin, B6, folate, B12 & panthothenic acid. tambahan lagi, kat bahagian kuning tu banyak bahan lemak-larut (vitamin A, D, E, K) & bahan asid-lemak-perlu yg sangat berguna utk melengkapkan diet mengempiskan perut! tapi kalo u all makan sampai 5 biji sekali gus tak de maknanya.. 1 biji je sekali makan sangat memadai..

amino asid yg ada dalam keseluruhan sebiji telur lebih seeimbang & lengkap berbanding dlm telur putih semata-mata, maka kebaikan protein itu lebih bio-available, lebih tersedia utk digunakan secara optimum oleh sel-sel badan kita. pilih telur organik ye kawan-kawanku sebab ada ekstra khasiat asid lemak omega-3 & omega-6.

 

kalau nak lagi bagus, pilih lah telur ayam kampung ye.. ayam kampung diberi kebebasan mutlak oleh tuan tanah utk mencari makanan semulajadi di luar reban. mereka lebih happy, maka mereka berupaya menghasilkan telur yg lebih ceria kaya-khasiat & menyihatkan utk santapan kita sekeluarga. telur ayam kampung mengandungi lebih komponen asid lemak omega-3 & omega-6 yg berupaya merangsang penghasilan sperma yg subur & sihat (rujuk pada puak lelaki la tuh..)

i dengar cerita telur ayam kampung boleh mnguatkan tenaga batin? hmmm.. patut la ramai yg cari telur ayam kampung ni eik? kalau u dengar suami u tetiba dok sibuk-sibuk cari telur ayam kampung, u kena paham-paham sendiri la.. ada yg pecahkan telur terus masuk ke mulut & telan.. ada yg pecahkan ke dalam cawan & bancuh dengan sesudu kecil madu, kemudian telan.. pergh!! power tu beb!..

 
Now, my new mission possible is finding & eating telur ayam kampung.. serve it the right way..

Thank you for reading.. Be the first to like !

teh herba berempah masala tea baik utk panaskan badan bakar lemak buang angin atasi masalah peredaran darah pernafasan

Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

Pernah tak u all menghayati kesegaran udara petang bersama secawan teh masala asli yg panas lagi pedas sambil menonton TV atau sekadar membaca majalah? hmmmm.. betapa nikmatnya.. u all patut cuba.. Dulu, bukan senang nak cari masala tea di mana-mana kedai runcit atau pasaraya. Ada orang sanggup ke Cameron Highland semata-mata nak dapatkan masala tea ni tau.. tau tak pe..

1Box -Masala Tea Badshah- Turkey
Normal Price SM RM25 / SS RM28
Best Buy SM RM20 / SS RM23
---------- termasuk pos laju ----------
( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy )

Masala tea? Best ke? Apa khasiatnya? hmmm.. ok la.. meh sini I story.. Sebenarnya masala tea merupakan sejenis minuman berempah yg diadun dari 6-jenis herba rempah utama iaitu buah pelaga, kulit kayu manis, halia, buah pala, bunga cengkih & lada hitam. Sedap ke? u ask me?.. mesti lah I cakap sedap sebab memang sedap pun.. kalau tak percaya, cuba la secawan, lepas tu mesti nak lagi. Senang nak buat, rasanya yg pedas & hangat, boleh membuatkan u all terlupa pada kopi seketika. Lagi pulak lepas minum masala tea ni, segala jenis angin akan keluar dengan irama yg berbeza-beza.. push-push.. but buuuut buut.. bruk-brek, tut tuttt tuuuuut, prek pek pek pek prekkk.. meletup-letup pun ada.. pendek kata macam-macam bunyi akan keluar bergantung pada tahap keseriusan masalah angin u all..

 

Cara nak buat masala tea ni cukup senang. u all sediakan teh atau kopi pra-campur macam biasa - boleh cuba teh hijau, teh hitam, teh herba atau teh lipton / boh.. sebarang jenis kopi pun boleh.. cuppucino ke, milo ke.. I suka horlicks.. tapi mengikut kajian pakar pemakanan antarabangsa, teh hitam & teh hijau merupakan pilihan terbijak kerana ia mengandungi anti-oksida yg tinggi utk membantu meningkatkan tahap kesihatan kita. Kemudian masukkan 1 sudu kecil serbuk masala tea ke dalam secawan teh hijau / teh hitam / kopi panas yg u all sediakan tadi, kacau betul-betul, sedia utk diminum & terimalah manfaatnya.

 

Khasiat & manfaat kesihatan bahan rempah ratus dalam masala tea:-

Halia:-
  • Melancarkan sistem penghadaman. Sangat berkesan utk memulih masalah sejuk badan, selesema, sakit kepala, kekembungan & sakit-sakit dalam badan. Melancarkan aliran darah.
Kulit Kayu Manis:-
  • Membantu masalah penghadaman, membakar lemak, menambah tenaga, mengelak pedih ulu hati & menurunkan tekanan darah tinggi. Penawar masalah mabuk & meningkatkan kepekaan insulin (bagus utk pesakit diabetis & obesiti).
Buah Pala:-
  • Bersifat hangat, berguna utk mengatasi masalah susah tidur & gangguan pernafasan. Berkesan mengatasi masalah kesakitan & kekejangan pra-haid.
Bunga Cengkih:-
  • Bagus utk merawat masalah sakit sendi, asthma, batuk & sakit kepala. Juga digunakan utk mengatasi masalah penghadaman, kulit berjerawat, nafas berbau, badan berlebihan asid, sakit perut & mabuk.
Buah Pelaga:-
  • Membantu masalah penghadaman & melancarkan aliran darah. Memulih masalah sejuk badan, membuang gas & asid, mengeluarkan angin, membersih buah pinggang, membuang racun dalam badan & merawat lelah. 
Lada hitam:-
  • Mempunyai ciri-ciri anti-bakteria & akti-oksida. Membantu masalah berkaitan sistem pernafasan, batuk-batuk, masalah sejuk badan, sembelit, ketidakhadaman makanan, kekurangan darah, masalah dingin seks & lemah-lemah badan.
Thank you for reading.. like !

cara menyediakan jus lobak merah timun cuka epal resepi langsing muda anggun buang toksin mencantikkan kuli

Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..
 

Jika anda amalkan meminum segelas jus sayur-sayuran & buah-buahan 3-kali sehari secara konsisten (istiqamah) setiap hari, maka anda akan berupaya menghilangkan antara 3kg-8kg berat badan dalam masa 3 bulan.

 

Kebaikan jus buah-buahan & sayur-sayuran bukan sekadar bermanfaat menjaga kelangsingan badan, malah dengan amalan yg berterusan dapat menambah baik struktur kecantikan kulit serta memelihara keanjalan kulit anda supaya kelihatan muda berseri walau pun usia semakin meningkat. Hari ini saya nak bagi satu resepi jus sayur yg sangat popular di kalangan artis-artis barat & di kalangan pengamal diet berasaskan sayur utk menjaga kelangsingan tubuh & kecantikan kulit mereka.

 

Bahan-bahan Utk Menyediakan Jus Timun & Lobak Merah plus Cuka Epal:-
  • 3 biji timun, sederhana besar (saya suka timun Jepun sebab tak pahit langsung, jangan buang kulit)
  • 1 biji lobak merah (boleh guna 2-3 biji, jangan kikis kulit, make sure cuci bersih)
  • 2 gelas air mineral
  • 2 sudu besar cuka epal (boleh ganti dengan cuka kurma / 2 biji limau nipis besar / 4 biji limau kasturi)
  • 1 sudu besar cuka epal (utk toner)
  • 1/4 sudu kecil glycerin (utk toner sahaja, sebagai pelembap & pengawet semulajadi)
Penyediaan Minuman Jus Timun & Lobak Merah plus Cuka Epal:-
  • hiris timun & lobak merah halus-halus (supaya blender tak semput).
  • masukkan dalam blender, tambah 2 gelas air mineral (air masak pun boleh).
  • tekan suis, blend sampai hancur halus.
  • tapis ke dalam besen.
  • tuang ke dalam gelas a (simpan bakinya dalam gelas b).
  • masukkan 2 sudu besar cuka epal ke dalam gelas a, kacau sebati, sedia utk diminum.
Kebaikan Jus Timun & Lobak Merah plus Cuka Epal:-
  • membuang toksin dalam usus
  • melancarkan sistem metabolisma badan
  • membekal stamina
  • membuang air yg terbendung dalam sel-sel badan
  • membantu melegakan masalah sendi & gout
melewatkan proses penuaan kulit & menambah seri pada kulit
  • membunuh cacing dalam badan
  • membantu masalah kanser usus
Penyediaan Toner Timun & Lobak Merah plus Cuka Epal:-
  • masukkan baki jus dalam gelas b ke dalam botol kosong (boleh beli kat pharmasi).
  • kemudian masukkan 1 sudu besar cuka epal.
  • masukkan 1/4 sudu kecil glycerin (cari kat bakeri supplies, murah je).
  • goncang sebati, simpan dalam peti ais
Cara Guna Toner Timun & Lobak Merah plus Cuka Epal:-
  • lepas cuci muka, pakai toner ini (waktu malam saja)
  • boleh menangani kemunculan garis-garis halus pada wajah
  • membuang sel kulit mati
  • mencerahkan kulit & tanda parut
  • menangani masalah kulit berminyak
  • mengecilkan saiz pori-pori
  • boleh digunakan pada waktu siang tapi pastikan anda tidak keluar & terdedah pada cahaya matahari.
Cara Buat Masker Wajah dengan Toner Timun & Lobak Merah plus Cuka Epal:-
  • masukkan 2 sudu besar toner ke dalam mangkuk kecil.
  • masukkan 1 sudu besar tepung jagung.
  • masukkan 1 sudu kecil susu tepung.
  • uli sebati & tampal rata-rata pada muka yg telah bersih.
  • biar 10-15 minit, lepas itu cuci muka bersih-bersih.
Note: Nak buat apa dengan serat timun & carrot dalam mangkuk no.5 tu? jawapannya = jadikan skrub muka & badan utk mencerah & menghaluskan kulit.

Thank you for reading.. like !

 

Ancient Minerals Anti-Stress Toner

Aura Beauty Booster
Ancient Minerals

Sulfur Perfecting Essence


Day Moisturizer
MSM Sulfur

Miracle beauty Fluid


Sleeping Beauty Aromatherapy
Total Cell Renewal

Sunblock Blemish Mousse


Daily Skin Protector
SPF35 Sunblock

Lip Cheek Balm

Holistic Skin Healer
Glossy Effect
LIP CHEEK BALM

Popular Posts