Post Top Ad

Tips Mencerahkan Kulit Gelap Siku Lutut Kaki Celah Peha Ketiak Buat Sendiri Resepi Natural Body Scrub

Rahsia ke arah memiliki kulit yg sihat & jernih adalah merutinkan teknik pelembapan & pengelupasan sel-sel kulit mati secara berterusan. Warna kulit menjadi gelap & hitam hasil dari penimbunan sel-sel mati yg semakin menebal dari hari ke hari. Dipendekkan cerita, pemakaian sabun sahaja tidak mencukupi.

Dewasa ini, kita menjadi semakin berhati-hati dlm menggunakan rangkaian produk pelunturan kulit yg dijual di pasaran kerana ia melibatkan penggunaan bahan peluntur berkimia (bleaching agents) yg boleh menjejaskan kesihatan & kestabilan struktur kulit pada masa akan datang.

Di sini, I berikan resepi mudah, u all boleh buat sendiri utk membuang sel-sel kulit mati, sekaligus melembapkan kulit. Resepi ini berasaskan 100% bahan-bahan semulajadi, maka dijamin selamat walaupun digunakan setiap hari & yg lebih penting ianya berkesan!

Sedia? Ingredient Listings
  • 2 sudu besar Gula Halus (bukan gula icing) 
  • 1 sudu kecil Soduim Bicarbonate (don't tell me you don't know this) 
  • 1 sudu kecil Virgin Coconut Oil / Olive Oil 
  • 1 sudu kecil Glycerin (u can find this at bakery supplies, quite cheap) 
  • 1 sudu kecil Cuka Epal (u can substitute with lime/lemon juice) 
  • Sedikit Madu 
  • Secubit Serbuk Kulit Kayu Manis (if you're allergic to cinnamon, then avoid) 
  • Beberapa titik Vanila Extract (nak bagi wangi je, cari kat bakery supplies) 

Cara Buat
Masukkan satu persatu bahan ke dlm mangkuk, kacau sebati, sedia digunakan. Ramuan akan kelihatan berbuih sekejap disebabkan percampuran alkali (sodium bicarbonate) & asid buah (cuka epal/lime/lemon).

Cara Guna 
  • Basahkan bahagian siku, lutut & kaki. 
  • Ambil ramuan & gogok ke bahagian yg berkenaan secara memutar. 
  • Bilas bersih, lap kering. 
  • Tengok la hasilnya, u all pasti suka. 
  • Boleh buat setiap hari, sekali sehari, sebelum masuk tidur. 
  • Resepi ini juga boleh menghaluskan kulit tapak kaki retak & pecah. Amalkan berterusan utk hasil yg berkesan.
Selamat mencuba..

Thank you for reading.. Be the first to LIKE & SHARE ! Vamos

5 comments:

  1. sila lembapkan siku-lutut-kaki sebelum masuk tidur. guna coconut oil/olive oil dah cukup. ikut citarasa, boleh guna sebarang krim / losyen pelembap. jgn tinggal vitamin C dan E, ia anti-oksida yg sgt penting utk proses rejuvenasi sel-sel baru.

    ReplyDelete
  2. boleh ke guna kaedah ni untuk ketiak dan leher?

    ReplyDelete
  3. boleh sangat2.. sesuai utk semua celah2 & seluruh badan..

    ReplyDelete
  4. hmmm pelik2 je bahan2 nye, susa nk cari...nk putih kn lengan akibat trbakar kne matahari bley ke??

    ReplyDelete
  5. hehe.. bg org pompuan x pelik ni.. semua bahan ada jual kat kedai bahan2 buat kek..

    ReplyDelete

What Say You?

Post Top Ad

Instagram Majestic Persona

My Instagram