Post Top Ad

tolong! macamana nak putihkan kulit badan dan kawasan celah ketiak peha pelipat bawah lutut?

Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

haah! memang ramai yg tanya soalan cepumas ni.. "macamana nak putihkan celah ketiak, peha & pelipat bawah lutut?" hmmmm.. maknanya ramai jugak la kaum kita yg bermasalah macam ni ye.. biasa la, tempat-tempat tu kan tersembunyi, mudah berpeluh, melekat daki, ditambah lagi dgn sel-sel kulit yg mati tak dibuang dengan segera, akan menompok semakin lama semakin menebal, maka kulit akan menjadi semakin gelap.

Ada org cakap.. "saya skrub hari-hari la kak! tapi tak nak hilang kesan hitam tu.. nak buat macam mana lagi? tak kan nak pakai berus sabut kot.. susah nak hilang la.."

loofa.. bentuk leper

Betul.. I setuju! memang susah nak cerahkan balik kawasan yg dah gelap tu kan? tapi jangan putus asa ye.. nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih.. I bagi u all simple tips - cara termurah! u all boleh cuba sendiri tanpa susah-payah.. cuma jangan mengharap perubahan drastik, u mesti kekalkan usaha sehingga berjaya, mungkin dalam masa 3 bulan baru nampak kesan.. sabar itu separuh dari iman.. insyallah..

loofa.. bentuk macam tiub - kesukaan ku!

Tengok dalam gambar tu.. mesti ramai yg dah tau, kenal, biasa nampak & biasa guna benda alah tu.. yg kaler putih tu.. nama dia loofa.. I selalu beli kat Giant, kadang-kadang Tesco.. kat Guardian & Watson pun ada.. tapi kalau nak murah kat Tesco la, RM2.90 je seketul tu.. boleh tahan 1 bulan, kena selalu tukar baru ye, jangan dok pakai sampai penyek plak! adeh!

Cara guna senang je, elok guna sabun buku - apa-apa sabun pun boleh tapi yg paling baik ialah yg ada scrubbies (body scrub soap). Masa mandi, u all bersabun macam biasa la, kemudian gosokkan sabun ke loofa, lepas tu skrub loofa ke seluruh badan.. kemudian gosokkan ke semua celah-celah yg berkenaan selama mana yg u sanggup (lenguh juga tau!..) lepas tu bilas bersih..

Syaratnya, pakai loofa ni setiap kali mandi.. lagi 1, tak payah dok tengok & cek kat celah-celah tu bila nak putih, bila nak cerah, biarkan je, buat tak tau je.. lama-lama u all akan perasan kat kawasan tersembunyi tu makin lama jadi makin cerah.. bagi masa 3 bulan ye.. bukannya susah pun, jadikan rutin harian.. berbaloi..

Selamat mencuba.. wassalam..

Thank you for reading.. like !

7 comments:

  1. okeh eh produk nehh macam best jerk...hakak amalkan cara mencabut dari mencukur sebab nenek hakak cakap kalau mencukur bulu ketiak,ketiak akan jadik hitam so dr zaman sekolah hakak tak pernah cukur tapi cabut.Alhamdulillah sampai skang idak ler hitam.sedang molek gituu....kadang-kadang petua org tua neh boleh ikut jugakkkk...

    ReplyDelete
  2. che nam.. x cuba x tau, kan? mcm mak sy la, dr muda dia cabut bulu ketiak plus pakai kapur sireh.. mmg ketiak mak putih smpi skang, w/pun dah masuk umur 60-an. sy mmg amalkan loofa ni dr dulu lg, alhamdulillah.. setakat ni x de celah2 yg gelap.. kih kih! terimakasih singgah n komen..

    ReplyDelete
  3. kak yatt , kalau nak belikn loofa tu nak cakap ape kat penjual tu ?

    ReplyDelete
  4. hye.. cari je kat bahagian personal care, ada jual mandian, syampu, ubat gigi bagai.. macam2 pesen ada.. kalo nak tanya, bole cakap skrub badan loofa je.. fames ni..

    ReplyDelete
  5. hurm...cadangan yang bek!!!mesti kena bertahan sampai putih...tQ... :)

    ReplyDelete
  6. Qaseh.. hehe.. ada berani? kena berani bertahan.. insyallah nampak kesan..

    ReplyDelete
  7. i will try ! thanks! :D ade gak sumber ilham. haha

    ReplyDelete

What Say You?

Post Top Ad

Instagram Majestic Persona

My Instagram