law of attraction - bagaimana mengaktifkan hukum tarikan magnet kewangan di saat kekurangan melalui kuasa kesyukuran - positive energy


ini entry pertama yg i muatkan dlm kategori self-motivation yg i janjikan dulu. ok, i nak cerita pasal law of attraction atau orang kita panggil kuasa tarikan. kita fokus kuasa tarikan utk aktifkan magnet kewangan dulu ye.. i percaya, u all sedia paham tentang law of attraction kan? i bet u know better than i do. jangan pula sesempoinya berkata ilmu ini orang barat punya.. dorang kaji al-quran & jumpa ilmu ni dlm kalam Allah.. dorang pun heran kenapa orang-orang Islam terkebelakang dari banyak segi, sedangkan segala ilmu utk hidup berkelimpahan & kemakmuran sudah termaktub dlm al-quran. jawapannya, kita cuma baca tanpa kaji makna & rahsia di sebaliknya (i tak maksudkan u all.. ni masalah orang2 belah Parsi sana..) i'm not perfect either, only human..


hello pretty ladies.. beautiful is you..

kalo u baca & paham makna surah al-waqiah, dlm tu ada law of attraction, the power of imagination & visualization, law of multiplication & semua jenis undang-undang utk hidup kaya & bahagia.. u just follow the law, u safe.. u break the law, u got trapped..

law of attraction adalah satu hukum alam yg berjalan mengukit ketentuan yg sudah ditaqdirkan, samada u percaya atau tidak, ia tetap berlaku. sama seperti hukum graviti, samada u percaya atau tidak, hukum graviti tetap berlaku secara fitrah, bila-bila u keluar dari rumah, u boleh berjalan tanpa risau akan melayang-layang ke langit, ke gunung, ke awan, ke longkang, ke lubuk atau ke mana-mana saje, kaki akan tetap melekap pd bumi sehingga u angkat.. indahnya hukum ini ciptaan Tuhan Maha Esa lagi Maha Bijaksana.. sekarang, mari sama-sama aktifkan hukum tarikan magnet kewangan dgn kuasa kesyukuran.. macam mana? sambung baca..


apa perasaan u bila tengok banyak bil yg masih belum berbayar? risau mana nak cekau duit utk settle? cemas kereta kena tarik? habis lah aku letrik kena potong? tension dgn jumlah hutang bulanan yg makin meningkat? jika begitu, u berada dlm keadaan yg sangat jauh utk menjemput rezeki.. semakin jauh, semakin sukar lah, betul? i pernah alami masalah hutang bank, hutang kereta, hutang bisnes sampai RM200ribu++, hutang lapok tak payah cerita, sampai berkulat-kulat hingga akhirnya semua penjamin kejar, telefon, ugut & ancam i dgn macam2 makian & hinaan, i tell u.. (alhamdulillah tak sampai ke tahap ancaman membunuh, i still feel safe, terimakasih Allah..) i tak cerita semua masalah ni pd kelaurga, mak & abah i tak tau, mereka ada masalah mereka sendiri.. suami i pun tak tau, i just want him to know that everything is under control, hingga akhirnya tekanan ini membuka jiwa i utk mencari2 penyelesaian secara spiritual.. so, kalau u kata u desperate tahap katak terpenyek, definitely i paham sesungguh-sungguhnya.. i tau macam mana stressnya.. u ada masalah macam i? ada? hmmmm?

ok. kita mula pelan2 ye.. bangunan KLCC tidak terbina dlm masa 1 hari.. amal, istiqomah, sabar.. mulai hari ini, kita cuba tukar the way we see the bills.. mulakan dgn bersyukur.. contoh bil air.. terimakasih Allah di atas bil air ini, bermakna aku ada air utk bla bla bla.. kalo u senarai perkara2 yg u boleh buat dgn air itu, u pasti berterimakasih pada orang2 yg terlibat menyediakan bekalan air, pada sungai, pada hujan, pada tangki air, pada jentera, pada saluran air, pada pili, pada baldi, pada laut, pada awan, pada semua.. u tak sempat nak sebut pun.. ucapkan terimakasih Allah di atas wang (sebut berapa ringgit) utk urusan bil ini.. itu bermakna u sudah submit satu doa dlm keadaan bersyukur..

memang u tak kan nampak duit sebanyak itu jatuh gedebuk depan mata.. don't hope for magic, expect miracles.. BELIEVE! dgn cara itu, u tak sempat rasa cemas.. u akan sentiasa syukur & rasa bertuah.. ingat janji Allah khusus utk orang2 yg bersyukur, Dia akan tambah lagi, kan? percaya lah.. u akan rasa sangat lega, tenang, gembira, berharap, percaya & tunggu, sumber kewangan pasti datang.. PASTI! i dah nampak hasilnya, semakin hari semakin cerah.. i bukan setakat ulang ucapan terimakasih secara verbal saja tapi i juga tulis dlm buku setiap hari.. i khaskan satu buku tulis utk catat ucapan2 terimakasih & kesyukuran yg i nyatakan tadi..


i pilih utk berubah.. so i ajak kawan2 lain yg seangkatan dgn i utk berubah ke arah yg lebih positif & baik. tiada istilah terlambat.. dlm keadaan kekurangan, kita masih berpeluang mengaktifkan hukum tarikan utk menarik keberlimpahan & menjadi magnet kekayaan & kejayaan melalui kuasa kesyukuran ini.. apa salahnya mencuba.. What You Believe, You Receive..

Thank you for reading.. Be the first to LIKE & SHARE ! Vamos..

0 comments:

Post a Comment

What Say You?

 

Ancient Minerals Anti-Stress Toner

Aura Beauty Booster
Ancient Minerals

Sulfur Perfecting Essence


Day Moisturizer
MSM Sulfur

Miracle beauty Fluid


Sleeping Beauty Aromatherapy
Total Cell Renewal

Sunblock Blemish Mousse


Daily Skin Protector
SPF35 Sunblock

Lip Cheek Balm

Holistic Skin Healer
Glossy Effect
LIP CHEEK BALM

Popular Posts