Post Top Ad

khasiat cuka anggur asli natural grapes vinegar daya penyembuhan semulajadi sihat kuat tubuh badan

Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

Pernah kah anda mendengar atau terbaca di mana-mana tentang para doktor atau ahli farmasi sebolehnya tidak mahu anda tahu bahawa rahsia kesihatan & kecantikan yg sebenarnya mudah didapati di dapur rumah anda? Saya pernah dengar.. tapi tak pasti kesahihannya.. tak kan lah doktor & ahli farmasi sanggup menyimpan rahsia sebegitu.. kan? Ambil jalan mudah, beli sebotol cuka anggur & letakkan dalam kabinet dapur rumah anda, sedia dicapai & digunakan bila perlu..

Yg saya tahu, para pengkaji seluruh dunia, termasuk doktor-doktor, ahli terapis diet & nutrisi, pakar perubatan holistik & psikologis, mengakui bahawa cuka buah-buahan mengandungi daya penyembuhan yg menakjubkan jika diamalkan berterusan, salah satunya ialah cuka anggur..

500ML -Cuka Anggur Kemal-Turkey
SM RM35 / SS RM40
---------- termasuk pos laju ----------

Manfaat cuka anggur:- 
  • Cuka anggur mengandungi sumber antioksida yg tinggi seperti quercetin, polyphenols, tannins, proanthocyanidins, catechin & flavonoids, yg berupaya membantu tubuh mengatasi sindrom metabolik (iaitu faktor-faktor yg meningkatkan risiko diabetes & stroke).
  • Secara khususnya, quercetin membantu menghalang penyakit diabetes dengan memperlahankan kadar metabolisma insulin.
  • Polyphenols & tannins pula berguna utk mencegah berlakunya penggumpalan & penyimpulan darah-darah halus yg boleh menyumbat saluran darah utama (keadaan ini boleh mengelak dari berlakunya serangan jantung & angin ahmar). Tannins juga membantu meningkatkan paras high-density lipoproteins dalam sistem darah (atau lebih dikenali sebagai kolesterol baik).
  • Tugas proanthocyanidins pula dapat mencegah pembentukan plak pada dinding arteri.
  • Manakala catechin & flavonoids mengimbang & mengekalkan paras kolesterol dalam darah utk menjana tenaga bagi keperluan aktiviti fizikal.
Cuka anggur mengurangkan selera makan:-
  • Berdasarkan kajian pemakanan di Sweden's Lund University, kesan asid asetik dapat bertindak sebagai penyekat selera makan secara semulajadi. Melalui kajian mereka yg direkodkan dalam European Journal of Clinical Nutrition pada July 2005, asid asetik berjaya mengurangkan tindakbalas insulin & glukosa serta membuatkan orang rasa cepat kenyang walaupun makan pada kadar yg sedikit. Ini secara tak langsung boleh mengatasi masalah kegemukan & mengurangkan risiko menghidap penyakit diabetes.
Cuka anggur boleh merawat masalah kulit:-
  • Utk meredakan bengkak akibat sengatan lebah atau gigitan obor-obor & lain-lain serangga, usapkan sedikit cuka anggur ke kawasan yg berkenaan. Ulang semula sehingga mendapat hasil.
  • Jika kulit terkena api atau air panas, sapukan kawasan tersebut dengan sedikit cuka anggur (yg disejukkan dlm peti ais) utk menghalang kulit dari menggelembung & melecur lebih parah.
  • Jika mengalami gatal-gatal kulit seluruh badan, penuhkan tub mandian & masukkan 2 sudu besar cuka anggur, berendam lah selama 30 minit. Insyallah dapat mambantu menghilangkan rengsa-rengsa kulit.
  • Jika kulit berjerawat, boleh terus tekapkan cuka anggur ke tempat berjerawat dengan menggunakan putik atau pad kapas. Ulang sehingga nampak hasil.
  • Nota:- Selepas mengenakan cuka anggur ke mana-mana bahagian kulit anda, adalah dinasihatkan supaya anda tidak terdedah kepada pancaran cahaya matahari. Sebaiknya kenakan krim tabir suria yg mengandungi penabir SPF35 ke atas. Saya pakai SPF50++.
 Manfaat cuka anggur lainnya:-
  • Meningkatkan keupayaan tubuh utk menyerap kalsium & lain-lain garam galian dgn lebih berkesan, ini dapat mengelak dari situasi tulang rapuh.
  • Boleh melindungi tubuh dari keracunan makanan.
  • Melegakan simptom-simpton sakit sendi & gout.
Thank you for reading.. like !

    1 comment:

    1. Cara guna? masukkan 1 sudu besar cuka anggur ke dlm air suam / jus buah2an / jus sayur2an kegemaran anda. Minum 3x sehari sebelum breakfast, lunch & dinner.

      ReplyDelete

    What Say You?

    Post Top Ad

    Instagram Majestic Persona

    My Instagram