Post Top Ad

keajaiban minyak habbatus sauda masukkan dalam skrub muka collagen buang sel kulit mati whitehead blackhead

assalamualaikum.. hello pretty girls..

tips kecantikan ni i buat sendiri tau, setakat ni i dah cuba 2 kali seminggu. Tested! Approved! 100% Satisfaction Guaranteed! mungkin i sangat serasi ngan minyak organik habbatus sauda, sebab tu semua resepi kecantikan yg melibatkan penggunaan minyak ni selalu memberi kesan di luar dugaan. ceh wah!

ok, i dah cuba formula skrub ni menggunakan minyak biji anggur (kesan kulit jadi cerah!), minyak biji delima (kesan lambat sket tapi tetap nampak kesannya terutama kalo kulit terlalu kering & sensitif!), minyak kelapa dara (bagus tapi pori-pori tersumbat! bg sesetengah orang ok je..), minyak zaitun (pori-pori tersumbat juga!), minyak argan (minyak ni super mahal tapi kesan gitu-gitu aje, 1 botol RM80 naik pitam masa nak bayo!) & minyak aprikot (kesan agak menakjubkan, bagus la, kulit berseri juga..)

dipendekkan cerita minyak habbatus sauda menghasilkan kesan terhebat! that's why i cakap minyak habbatus sauda adalah minyak TERBAIK seantero dunia.. believe it or not, there is no other organic oil better than black seed oil! yg penting u all kena pilih cold-pressed version, boleh dimakan begitu saje. kesan hampir serta merta! tahap ajaib la tu kan? pilih minyak habbatus sauda jenama dogaci ye.. yg i jual ni brand dogaci la.. pastinya 100% pure organic cold-pressed! jangan terpedaya dengan lain-lain brand yg memasukkan campuran pelbagai jenis minyak & dijual pada harga lebih murah. orang kita ni nak produk yg bermutu 100% asli original berkesan mantap tapi nak murah.. macam mana tu? biar la mahal sikit asal puas hati & yakin dengan ketulenannya.. mahal sikit aje pun, bukannya sampai beratus ringgit sebotol (mula dah.. hehe..)

natural beauty: cara guna skrub muka collagen plus minyak habbatus sauda :-
  • cuci muka. lap, biar keadaan kulit masih sedikit lembap, paham kan?
  • ambil sedikit skrub (i guna collagen scrub jenama pro natural 2000), letak atas tapak tangan.
  • titiskan sedikit minyak habbatus sauda, sebatikan kedua-duanya.
  • ratakan ke suruh muka, lepas tu skrub perlahan-lahan.
  • skrub je muka tu lama-lama pun tak pe (i buat sampai 10minit!) fokus pada bahagian muka yg banyak whitehead & blackhead. whitehead, blackhead & sel-sel kulit mati akan hilang serta merta!
  • kalau kulit ada jerawat pasir, urut pelan-pelan je la, lepas tu biar skrub kat muka dlm 5minit, baru bilas bersih.
  • kalau kulit ada jerawat besar-besar, tak boleh skrub ye, ratakan saje, lepas tu biar skrub kat muka dlm 10minit, baru bilas bersih. Insyallah boleh keringkan jerawat dlm masa satu minggu. dah jerawat besar-besar, kena lebih sabar la, kan?

untuk pengetahuan u all, i berjogging setiap hari, kulit i yg dulu cerah halus & licin menjadi gelap kerana sunburn, kemudian timbul jerawat & meninggalkan kesan parut macam masa muda-muda dulu (macam la sekarang dah tua sangat eik? ish! ish!), yg paling i tak suka pori-pori membesar bagai johan, warna kulit bertampuk, whitehead & blackhead tak payah cerita la, paling banyak sampai rasa menggerutu antara bibir bawah & dagu juga atas hidung & dahi. very stressful, i tell u..

i dah cuba macam-macam resepi untuk kembalikan kulit asal tu tapi masih tak puas hati. alhamdulillah, akhirnya di bulan Ramadhan yg ke 1433H ni i tergerak hati mencuba minyak habbatus sauda, sabun timun & formula skrub kolagen plus minyak habbatus sauda ni.. sungguh tak sangka i dapat berhari raya dengan kulit baru yg lebih indah berseri menawan hati.. (menawan hati i sendiri la.. haha! syok sendiri apa salahnya, kan? ok tu, lebih baik dari tak syok langsung..)

oleh kerana entry ini ditulis di penghujung Ramadhan, maknanya u all tak sempat lah nak cuba sebelum Syawal, kan? tapi tak pe, selalu percaya bahawa tiada istilah terlambat dalam hidup ni.. kalau tak sempat sekarang, masih ada esok bagi mu.. u all boleh cuba lepas raya ye..

Thank you for reading.. Like !

4 comments:

  1. Assalamualaikum Yatt, boleh I order minyak habbatussauda?

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam.. maaf ye.. minyak habbatus sauda kehabisan stok buat sementara waktu..

    ReplyDelete
  3. assalam sis. minyak di kalau x dicampur dengan scrub bolehx disapu macam tu pada parut2 hitam ? berkesan x ? harap dpt membantu.

    ReplyDelete
  4. Salam tuan blog yg dihormati..terima kaseh kongsi ilmunya...jika mencari minyak habbatus sauda dalm bentuk pukal@borong sila calling2 kami boleh membantu..

    Minyak habbatus sauda kami perahan dimalaysia 100% asli,perahan sejuk buatan anak melayu.

    berminat hubungi 012 2251736.

    ReplyDelete

What Say You?

Post Top Ad

Instagram Majestic Persona

My Instagram