
i percaya sebahagian besar dari u all dah tahu serba banyak tentang khasiat garam buluh utk kecantikan & kesihatan semulajadi. betul? garam buluh merupakan sejenis anti-oksida yg berkuasa tinggi, mengandungi 76 elemen mineral & mineral sureh yg sedia membantu membersihkan tubuh badan luaran & dalaman serta berupaya memulihkan sel-sel badan yg telah rosak & membantu nyah-toksik dgn berkesan utk melancarkan regenerasi sel-sel dlm badan.
hye sayang-sayang semua.. beautiful is you..
>>> Buat sendiri kopi kecantikan mineral garam buluh untuk buang toksik kurus tambah tenaga kekal sihat cergas menaikkan seri wajah awet muda <<<
Melalui artikel ini, i nak kongsi cara guna garam buluh sebagai agen kecantikan & kesihatan semulajadi yg berkualiti, dipercayai & telah menjadi amalan turun-temurun oleh wanita Korea yg cun melecun tu ^_^ muchas gracias por todo su apoyo ^_^ me gustas mucho!!!
Cara Guna Garam Buluh Utk Pudarkan Parut Haluskan Pori-Pori, Melangsingkan Pipi, Membersih Kulit, Melancarkan Aliran Darah & Mengecutkan Jerawat
Deep Cleanser
- senang saje. basahkan muka seperti biasa. jika u bersolek, sila bersihkan solekan dgn cleansing oil / milk /cream.
 - guna 1/4 sudu kecil garam buluh. letakkan atas tapak tangan.
 - titis beberapa titik air, buat sedikit cair supaya garam buluh larut & lembut.
 - kemudian tekapkan ke seluruh muka.
 - urut perlahan-lahan utk mengaktifkan kesan pembersihan kulit secara mendalam.
 - cara ini akan mengeluarkan semua kotoran, debu & habuk yg tersumbat dlm pori-pori.
 
- sama seperti Deep Cleanser, cuma pastikan garam buluh itu tidak larut sepenuhnya, masih terasa berbiji-biji utk kesan scrub.
 - paling sesuai utk kulit kasar, banyak sel kulit mati, sunburned, berparut, jeragat, blackheads / whiteheads.
 - selepas scrub, biarkan di muka sebagai masker selama 5 minit, kemudian bilas bersih.
 - jika kulit dipenuhi jerawat, jangan scrub, terus tempek & ratakan sebagai masker, biar 10 minit, kemudian bilas bersih.
 

Hydrating Spray
- sediakan 1 cawan air mawar (rose water) atau air mineral
 - masukkan 1 sudu besar garam buluh
 - titis 5-6 titik minyak pati lavender (abaikan jika tiada)
 - kacau hingga larut, masukkan dlm botol spray.
 - boleh spray ke muka bila-bila perlu utk menyegarkan kulit.
 - pastikan u all pejam mata semasa spray, ok? (cer bayangkan air garam masuk dlm mata - makcik Yatt tak nak bertanggungjawab ye..)
 - di samping menyegar kulit, air garam ini membantu mengecutkan jerawat & menegangkan kulit.
 
pemakanan garam buluh secara konsisten, dapat membantu :-
- meningkatkan tahap alkali badan
 - memperbaiki aliran darah & mencegah serangan ahmar
 - menurunkan tahap gula dlm darah
 - mencegah jangkitan kuman, alahan, radang kulit, kulit kering & jerawat
 - mengeluarkan toksin
 - membakar lemak & menurunkan berat badan
 - melanjutkan ketahanan gigi & gusi
 - menangani masalah sembelit & buasir
 - dan lain-lain lagi.. sila tanya pakcik google ^_^
 

























 




No comments:
Post a Comment
What Say You?