Post Top Ad

buat sendiri skrub organik bebas kimia serbuk biji anggur minyak biji delima buang sel kulit mati

Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

nak comel..? maksudnya nak comel lebih dari biasa la.. sekarang kita semua memang dah comel2 belaka,kan? cuma kita mencari2 idea kreatif untuk menambah tahap kecomelan kita.. tak salah kan..? Maka, demi menambah kecomelan, I cuba buat sendiri skrub kecantikan organik ini untuk buang sel2 kulit mati pada bibir, muka & badan dengan cara yg selamat, tiada langsung bahan2 kimia berbahaya di dalamnya, & semestinya tiada kesan sampingan negatif yg boleh memudaratkan kulit.


 

Skrub organik kali ini dihasilkan hasil kombinasi serbuk biji anggur, minyak biji anggur, minyak biji delima & glycerin. Mungkin serbuk biji anggur belum terkenal seperti serbuk kopi atau serbuk habbatus sauda. Malah tak sepopular serbuk lada hitam atau serbuk asam boi (oooh! asam boi.. sedap dicicah dengan jambu batu, lebih2 lagi jambu yg berendam dalam ais!)

Sebenarnya serbuk biji anggur ni mempunyai nilai manfaat kesihatan yg tinggi tapi ramai di kalangan kita yg belum ambil tahu. Nanti la ye.. I cerita manfaat & kelebihan serbuk biji anggur dalam deskripsi produk (sebenarnya nak cite I ada jual serbuk biji anggur.. macam tak biasa plak..)

Sedia? Jom kita cuba! Bahan2 yg diperlukan ialah :-
  • 1 sudu kecil glycerin (find this at bakery supplies, quite cheap!)
  • beberapa titis Minyak Biji Anggur (cuba cari kat pasaraya, kalau tak jumpa, baru cari I )
  • beberapa titis Minyak Biji Delima (cuba cari kat pasaraya, kalau tak jumpa, baru cari I)
  • (sekadar pilihan) Jika anda suka, boleh masukkan sedikit madu.
Cara Buat ?
  • Masukkan satu persatu ke dalam mangkuk, kacau sebati, sedia digunakan.
Cara Guna ?
  • Basahkan bibir & muka.
  • Ambil ramuan & gosok-gosok ke bahagian yg berkenaan secara memutar. (gosok pelan2 tau.. bukan sental!)
  • Lepas tu bilas la, lap kering.
"Anda mungkin sangsi bahawa skrub yg super duper simple murah ini boleh menyaingi kesan kecantikan sebagaimana yg diberikan oleh skrub muka yg mahal2 yg terjual di pasaran.. percayalah.. tipah tak tipu.."

Kenapa saya pilih Minyak Biji Anggur ?
  • sebab minyak biji anggur mempunyai ciri2 astringent - boleh mengetatkan pori2, mengeton kulit, menyubur kulit & memulih kerosakan kulit. Sesuai untuk semua jenis kuit terutama yg berminyak & berjerawat. 
Kenapa saya pilih Minyak Biji Delima ?
  • sebab minyak biji delima kaya dengan anti-oksida - mengurang kesan parut, menganjal kulit, memperelok struktur kulit & menambah seri pada kulit. Minyak biji delima boleh diusap terus pada bibir untuk mencerah & memerahkan bibir secara otomatik! 
Kegunaan Serbuk Biji Anggur & Glycerin ?
  • Serbuk biji anggur membuang sel-sel kulit mati, membebas pori-pori kulit yg tersumbat oleh minyak & kotoran, menghaluskan pori-pori & menegangkan kulit. 
  • Glycerin bertindak sebagai humektan (pelembap semulajadi).
Thank you for reading.. like !

No comments:

Post a Comment

What Say You?

Post Top Ad

Instagram Majestic Persona

My Instagram