petua ni i dah amalkan sejak i berhenti kerja. mungkin ramai yg dah tahu & amalkannya. i cuma nak bagitau kat sape-sape yg belum tahu la kan? yg dah tau tu, tak pe la, anggap je u tengok siaran ulangan.
bila kita sebut pasal petua, ia bersifat semulajadi. benda-benda semulajadi ni tak de campuran bahan kimia, maka jangan harapkan kesan sepantas kilat atau secepat esok-lusa. walaubagaimanapun u all jangan putus asa kerana setiap usaha yg dimulakan dengan Bismillah & Salawat akan mendapat perhatian dari Tuhan Semesta Alam Yang Maha Berseri Yang Limpahan Cahaya-Nya memadam semua kekusaman wajah & jiwa anak adam.. sekian..
I rendam 1 sachet green tea ke dalam 1 teko ni.. utk diminum sepanjang hari ye, bukan habis sekali gus!
apa yg u all perlu ada hanyalah stok green tea atau teh hijau organik (pilih yg asli tau.. bukan yg pre-campuran macam-macam cakadak tu - kacip fatimah, tongkat ali, pueraria mirifica, augusti folia atau lain-lain herba yg susah nak sebut). 100% green tea ye.. ok? kalo u all nak minum teh herba campuran tu u all punya suka la kan.. tapi utk petua naikkan seri wajah, disarankan guna green tea 100% tanpa campuran.. cakap banyak eik mak cik yatt ni.. macam la u all tak paham-paham kan..
ok! apa yg u all kena buat ialah ambil 1 sachet teh hijau, rendam dlm air panas, biarkan selama 10-30 minit atau hingga suam. (kadang-kadang i terendam sampai ke tahap suhu bilik, kadang-kadang terendam dari pagi terus sampai ke malam..) kemudian u all minum airnya, elok utk cuci usus, bakar kalori, menambah tenaga, menahan rasa lapar, mudah membuang, melangsingkan badan & macam-macam lagi. cuba rajinkan diri meng-google pasal kebaikan green tea ni - u all akan jumpa banyak manfaat utk kesihatan & kecantikan.
kopek sachet tu, keluarkan hampas teh tu ye.. terimakasih..
apa yg u all kena buat seterusnya? haha..! u all jangan membazir.. ramai orang dengan selambanya mem-bakul-sampahkan sachet gree tea tadi. sebenarnya hampas teh hijau tu sangat berguna tau! u all cuci dulu muka bersih-bersih, lepas tu kopek sachet, keluarkan hampasnya, kemudian basahkan dengan sedikit air. baca bismilllah, salawat 3x berserta niat.. lepas tu skrubkan ke muka perlahan-lahan, biarkan hampas tu bertempek di muka selama beberapa minit, kemudian bilas bersih-bersih. amalkan setiap pagi utk mendapat hasil kulit wajah yg awet muda, kelihatan berseri..
green tea vanilla.
ok? oh lagi 1, boleh gosokkan hampas teh hijau tadi ke bibir & payu dara utk hilangkan kesan kehitaman, lebam atau tanda pigmentatsi.. amalkan selalu ye.. hampas teh yg tak habis boleh disimpan dalam peti ais, kalau banyak berlebihan, u buat skrub satu badan, gosok tang ketiak, segala pelipat & celah-celah yg berkenaan.. selamat mencuba.. terimakasih..
Thank you for reading.. Be the first to like !
No comments:
Post a Comment
What Say You?