Sebenarnya sikap pilih kasih pada telur ayam ni dah jadi perkara biasa in my family. I'm not quite excited nak rebus telur atau goreng telur mata lembu / kerbau (erk! nape tak panggil telur mata ayam eik? bukankah telur itu hak milik terpelihara si ayam?)
Suami & anak-anak suka makan yg putih, yg kuning terbiar begitu je. Kalau telur goreng, ok lagi, sedap rasanya, I boleh tolong telan. Kalau yg rebus tu?.. tolong la.. muak mak oii! tergolek-golek je le dalam mangkuk sampai berjam-jam, sampai semut datang bertandang.. lastly I throw away bagi kucing liar kat belakang rumah.. kriookk! buka tingkap.. nah! ambek ko! gedebuk gedebak berbiji-biji telur kuning melompat-lompat kuar dari tingkap dapur.. nasib baik ada kucing liar dok serbu!..rezeki ko la kucing..
U all semua tau kan..? telur ayam banyak sumber protein berkualiti tinggi. Tapi ramai yg tak berapa pentingkan bahagian kuning.. padahal yg kuning tu la lebih banyak khasiat & zat.. ada vitamin, garam-galian & anti-oksida (letein).
Sebenarnya bahagian telur kuning tu ada lebih dari 90% sumber calcium, iron, thiamin, B6, folate, B12 & panthothenic acid. Tambahan lagi, kat bahagian kuning tu banyak bahan lemak-larut (vitamin A, D, E, K) & bahan asid-lemak-perlu yg sangat berguna utk melengkapkan diet mengempiskan perut!
Amino asid yg ada dalam keseluruhan sebiji telur lebih seeimbang & lengkap berbanding dalam telur putih semata-mata, maka kebaikan protein itu lebih bio-available, lebih tersedia utk digunakan secara optimum oleh sel-sel badan kita. Pilih telur organik ye kawan-kawanku sebab ada ekstra khasiat seperti asid lemak omega-3 & omega-6.
Kalau nak lagi bagus, pilih lah telur ayam kampung ye.. Ayam kampung diberi kebebasan mutlak oleh tuan tanah utk mencari makanan semulajadi di luar reban. Mereka lebih happy, maka mereka berupaya menghasilkan telur yg lebih ceria kaya-khasiat & menyihatkan utk santapan kita sekeluarga. Telur ayam kampung mengandungi lebih komponen asid lemak omega-3 & omega-6 yg berupaya merangsang penghasilan sperma yg subur & sihat (rujuk pada puak lelaki la tuh..)
I dengar cerita telur ayam kampung boleh mnguatkan tenaga batin? hmmm.. patut la ramai yg cari telur ayam kampung ni eik? Kalau u dengar suami u tetiba dok sibuk-sibuk cari telur ayam kampung, u kena paham sendiri la apa maknanya.. Ada yg pecahkan telur terus masuk ke mulut & telan.. ada yg pecahkan ke dalam cawan & bancuh dengan sesudu kecil madu, kemudian telan.. pergh!! power tu beb!..
Now, my new mission possible is finding & eating telur ayam kampung.. serve it the right way..
Thank you for reading.. like !
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com


















































1 comments:
mane pegi seme komen kawan2 ku eik? nape tetiba hilang neh? aku ada buat salah ke?
Post a Comment
What Say You?..