Post Top Ad

minyak biji anggur asli natural grapeseed oil kawal tahap kolesterol tekanan darah bagus utk jaga berat badan

Assalamualaikum.. hello pretty girls.. all you need is love, hugs & kisses..

Salam Ramadhan ke 8 1433H..

Kita biasa dengar orang sana-sini cerita pasal khasiat & kebaikan minyak biji anggur atau grapeseed oil, kan? kan? Ye lah.. pakar-pakar kesihatan & kecantikan seluruh dunia mengesyorkan kita mengamalkan grapeseed oil utk merawat penyakit, melicinkan kulit, melebatkan rambut, menghilangkan kedutan pada kulit, mengurangkan tahap kolesterol & bermacam-macam manfaat lain. Adakah u all tau apa kandungan utama dlm minyak biji anggur yg menjadikan ia begitu istimewa & menjadi pilihan ramai?

50ML -Minyak Biji Anggur Dogaci- Turkey
Normal Price SM RM38 / SS RM41
Best Buy SM RM35 / SS RM38
---------- termasuk pos laju ----------
( rujuk ruang left-sidebar utk mengetahui harga Special Offer terkini )
( jika Special Offer telah tamat, sentiasa guna harga Best Buy )
 
ok. tak kisah lah, u all tau ke, tak tau ke, i nak tulis juga.. huhu! saje je nak cakap lebih.. jom kita selidik.. Kandungan zat pemakanan biji anggur & minyak biji anggur adalah serupa sebab minyak biji anggur dihasilkan dari proses mampatan-sejuk (cold pressed) ke atas biji-biji anggur yg ditolak-tepi atau disingkirkan ketika proses penghasilan jus anggur & pembuatan wine.

Pengusaha wine tidak memproses biji anggur tapi biji anggur tersebut tidak dibuang begitu sahaja, lalu dibeli oleh pengeluar lain utk diproses semula samada diekstrak ke dlm bentuk minyak atau diperhalus menjadi serbuk. ok? Kedua-dua minyak & serbuk biji anggur akhirnya diiktiraf sebagai pemakanan kesihatan tambahan yg tinggi nilai anti-oksidan utk membantu melambatkan proses penuaan.


Kandungan utama biji anggur :-

Monounsaturated fats 
  • Minyak biji anggur tidak mengandungi protein atau karbohidrat.
  • Merujuk US Department of Agriculture's Nutrient Database, setiap 1 sudu besar grapeseed oil mengandungi 2.19g monounsaturated fat atau orang kita panggil lemak mono tak tepu.
  • Mengikut kajian Harvard School of Public Health, lemak mono tak tepu ini merupakan lemak sihat yg boleh mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.
Polyunsaturated fats
  • Makna dia lemak poli tak tepu, juga dikenali sebagai lemak sihat.
  • Setiap 1 sudu besar minyak biji anggur mengandungi 9.5g lemak poli tak tepu. Apa kebaikan polyunsaturated fats ini? Ye, pengambilan lemak poli tak tepu pada kadar sederhana mampu menurunkan paras kolesterol dlm darah & mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Sebahagian lemak poli tak tepu tidak dihasilkan oleh tubuh kita sendiri, maka amat penting kita menambah pengambilan lemak jenis ini melalui sumber pemakanan harian, contohnya minyak biji anggur, clear? good..
Saturated fats
  • Ini dia lemak tepu.
  • Mengambil makanan yg tinggi lemak tepu akan meningkatkan paras LDL (low density lipoproteins) atau 'kolesterol jahat' yg akhirnya akan menyempitkan saluran darah & mengakibatkan timbulnya penyakit kardiovascular (serangan jantung). 
  • Setiap 1 sudu besar minyak biji anggur hanya mengandungi 1.306g lemak tepu. Lihat, kandungan lamak mono & poli tak tepu dlm grseed oil jauh lebih tinggi berbanding lemak tepu, maka usaha u all menggunakan minyak biji anggur adalah pilhan yg bijak!
Phytosterols 
  • USDA mencatatkan setiap 1 sudu besar grapeseed oil mengandungi 24mg phytosterols. 
  • Pystosterols merupakan komponen asas tumbuhan yg membantu usus menapis kolesterol dari makanan yg diambil, ini bermakna secara tak langsung ia turut mengurangkan paras kolesterol jahat dlm darah. 
  • Menurut kajian Washington University School of Medicine 2010, phytosterols yg ditemui dlm ekstrak biji anggur mampu mempercepatkan proses metabolisma kolesterol. Maksud ia menyingkirkan lebihan kolesterol dr makanan & mengurangkan kadar serapan kolesterol ke dlm usus. 
Thank you for reading.. Like!

1 comment:

What Say You?

Post Top Ad

Instagram Majestic Persona

My Instagram