Post Top Ad

My Top Slimming Recipe Makan Bubur Oatmeal Setiap Hari Turun 2kg Dalam Masa Sebulan Oatmeal Tinggi Serat Kempiskan Perut


top slimming tips ni i cuba sendiri & kesannya sangat menakjubkan! u kena percaya & istiqomah pd setiap usaha yg u lakukan. kurus secara drastik boleh mendatangkan mudarat pd sistem tubuh dlm jangkamasa panjang. sentiasa beri masa paling kurang 2 bulan utk tengok tahap keberksanan sesuatu resepi atau produk yg u ll amalkan.. terimakasih..

oatmeal ada dijual di mana-mana saja. ramai orang ambil ringan tentang kebolehan oatmeal ni, mungkin ramai yg belum pernah mencuba atau pernah cuba sekali-sekala, kemudian mengharap keajaiban dlm sesingkat masa.. bila tak nampak hasil, terus patah semangat..

Kebaikan Bubur Oatmeal
  • oatmeal kaya khasiat mengandungi sumber serat-larut, karbohidrat-lengkap & protein yg sangat membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan
  • membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan lain seperti atherosclerosis (saluran darah tersumbat)
  • melegakan masalah angina (sakit daerah dada akibat gangguan bekalan oksigen & kekurangan darah)
  • menurunkan level hypertension (tekanan darah tinggi)
  • membantu fungsi gall stones (sakit buah pinggang disebabkan pengambilan makanan yg tinggi lemak, minyak, kolesterol, bahan awet kimia, keracunan makanan, terlebih caffeine, ubat berdadah dll)
  • membantu pesakit diabetes (sakit kencing manis) & cancer (semua penyakit berkaitan kerosakan sel-sel DNA dlm tubuh)
sekarang i nak cerita cara buat bubur oatmeal ye.. u all amalkan bubur oatmeal ni selama sebulan & tengok macam mana hasilnya, paling kurang u all boleh turun 1kg sebulan.. i buat dulu berterusan tanpa selang-selang, hasilnya 2kg hilang! percaya, kan? Kalau u all nak berjaya, u all kena percaya.. percaya itu inti kejayaan.. bebel.. ngee..


resepi ni i buat masa sarapan pagi. after having a bowl of oatmeal porridge, i will go jogging & walking for 1 hour. It's my everyday routine!

cara buat sarapan pagi bubur oatmeal + hirisan pisang + serbuk lada hitam + ikan bilis goreng + minyak zaitun perisa lemon utk kurus langsing kempis perut:
  1. mula-mula goreng ikan bilis, suka hati nak letak banyak mana (penting utk bagi bubur oat yg tawar lahabau tu jadi sedap & rasa masin). 
  2. hiris pisang. i guna 2 biji pisang berangan saiz sederhana (penting utk tenaga & cepat kenyang). 
  3. sedikit serbuk lada hitam (penting utk percepat bakar kalori). 
  4. 1 sudu besar minyak zaitun perisa lemon (penting utk menjadikan bubur oat yg tak berapa sedap tu menjadi sesedap-sedapnya!) 
  5. masukkan 5sudu besar oatmeal ke dlm mangkuk (i guna jenama Quaker Oat!), tunang air panas, tutup, biar je oat tu mengembang. 
  6. tiba masa yg sesuai utk makan, u all taburkan ikan bilis goreng, masukkan hirisan pisang, serbuk lada hitam & minyak zaitun perisa lemon. 
  7. kacau rata-rata, makan sampai habis. ulang resepi ni esok, lusa & seterusnya hingga u all nampak perut makin kempis. ok? 
  8. i tukar bahan-bahan yg dimasukkan ke dlm resepi tu utk mengelakkan rasa jemu. contoh u all boleh ganti pisang dgn epal & buah-buahan berry. 

resepi ni i buat untuk makan tengahari atau malam. i masih makan nasi berlauk macam biasa! kalau i makan bubur oatmeal waktu lunch, i akan makan nasi waktu dinner, begitulah sebaliknya..

cara sediakan makan tengahari atau makan malam bubur oatmeal + sup bebola ikan & sayur + minyak zaitun perisa lemon utk kurus langsing kempis perut
  1. yg ni masak macam tumis sup sayur je, guna bawang puteh, bawang besar & halia.
  2. boleh masukkan apa-apa sayur kegemaran u all ye.. i selalu guna carrot, kubis, bunga kubis, cendawan, kacang buncis, tomato & lain-lain.
  3. bila sup dah ready, u all masukkan oatmeal & tunggu hingga kembang, kemudian cedok ke dlm mangkuk & makan. walla! 
  4. bila keadaan darurat, tak cukup bekalan sayur, hasilnya sama la macam dlm gambar tu, masa tu cuma ada cendawan & tomato saja dlm peti ais. 
  5. yg penting i tetap letak serbuk lada hitam atau serbuk habbatus sauda plus minyak zaitun perisa lemon

resepi bubur oatmeal yg sangat simple & cepat siap. my hubby selalu buat macam ni sebab i tak sempat nak tolong buat utk dia di awal pagi, busy ngan anak-anak rinuh rendah nak ke sekolah.


cara buat bubur oatmeal versi my hubby jimat masa & tenaga berkesan utk kurus langsing kempis perut
  1. masak air. 
  2. masukkan 3 sudu besar oatmeal ke dlm mug, tuang air panas anggaran setengah gelas, tunggu oatmeal kembang. 
  3. once dah ready nak minum, u all tuang susu rendah lemak atau susu segar ke dlm mug tu hingga penuh lah, lepas tu tabur buah-buahan kering cranberries, apricot, pineapple & lain2 (ada jual kat bakeries ye..) 
  4. lepas tu, cedok ngan sudu, suap & telan. hmmmmm.. dia cakap sedap, tapi i tak boleh telan sebab muak ya Rabbi.. yg penting my hubby tak muncit, tak gemuk, perut dia kempis tahap papan lapis sepanjang masa.. dah 17 tahun i kawen ngan dia, berat badan makin turun, tak pernah naik.. alhamdulillah.. 
^_^ ! bonus ! ^_^
buat sendiri minyak zaitun perisa lemon yg enak lazat boleh dimasukkan ke dalam resepi masakan bubur oatmeal sayur goreng nasi goreng sup ayam sambal bilis petai tomyam seafood bla bla bla

Selamat mencuba..

Thank you for reading.. Be the first to LIKE & SHARE ! Vamos

10 comments:

  1. ye sila cuba.. resepi paling mudah utk kempiskan perut.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Wah bgsnya sllnya sy mkn oat cmpur milo atau kosong hanya just tambah kurma utk rasa manis. Mintak share resepi ye

    ReplyDelete
  3. Ada wat senaman x?

    ReplyDelete
  4. salam. resepi yg sangat menarik. simple yet delicious. saya baru nak mencuba makan oat. perlu bertahan sebab baru mula sehari. huhu..

    ReplyDelete
  5. waa... mmg tengah cari resepi oat yang sedap. en hubby kata badan I dah nak this few weeks... nak kena bertindak la ni hehehehe.. tq for advice. u tak nampak cam 43 la kak yatt..... mayb becoz of your good and healthy diet. anyway kalau senang singgah my blog. http://sweetlittlecastle.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. saya dh cuba. hilang hampir 0.6 kg sehari.yey....tq

    ReplyDelete
  7. Thanks.. dah cuba.. mmg osem. . Dh thu cr nak makan oat yg best.. ahaks

    ReplyDelete

What Say You?

Post Top Ad

Instagram Majestic Persona

My Instagram